Dialog filem gangster kenapa guna ‘lu’ ‘gua’? cakaplah bahasa Melayu betul - Utusan Malaysia

Dialog filem gangster kenapa guna ‘lu’ ‘gua’? cakaplah bahasa Melayu betul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Pelakon, Pablo Amirul meluahkan rasa hairan dengan dialog filem aksi dan gangster tempatan yang banyak menggunakan kata ganti nama diri ‘lu’ dan ‘gua’.

Menurut Pablo atau Amirul Hisyam Mohd Sakri, 38, ‘mood’ ganas boleh sahaja diwujudkan dengan mengekalkan penggunaan bahasa Melayu betul seperti ‘aku’ dan ‘kau’ yang lebih realistik.

“Banyak filem gangster akan menggunakan slang perkataan ‘lu’ ‘gua’. Semua orang seolah-olah merasakan kena cakap cara sebegitu untuk menampakkan filem itu ganas.

“Baiklah, saya ambil peluang berlakon dalam filem ini untuk bercakap dengan cara yang saya mahu. Saya cakap bahasa Melayu yang betul menggunakan ‘aku’ ‘kau’.

“Ia tidak pula kedengaran aneh atau janggal. Malah, lebih realistik,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas tayangan perdana filem Budak Flat, baru-baru ini.

Mengakui selalu menerima tawaran sebagai watak penjahat, Pablo tidak muak sebaliknya menganggap ia satu rezeki. Dia juga bersedia memberikan lakonan terbaiknya sepanjang bekerja.

Terkini, Pablo melakonkan watak ketua gangster bernama Riz menerusi nakshah Budak Flat yang ditayangkan di saluran Prime Video.

“Filem Budak Flat sangat penting untuk mendidik orang ramai yang mempunyai perspektif buruk terhadap mereka yang tinggal di rumah berkos rendah itu.

“Antara cemuhan yang biasa didengar ialah mereka yang tinggal di sana bercakap kasar.

“Tak semua orang yang tinggal di rumah flat begitu. Mereka terlalu fokus dan tenggelam dalam survival mood. Bila kita sibuk mencari duit untuk makan, kita tak ada untuk fikir masalah pertuturan,” tambahnya.

Turut sama menjayakan filem tersebut ialah pelakon Nabila Huda dan Zahiril Adzim.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya