Berani ulas isu pempengaruh kahwin dua, Caprice menyorok dalam almari - Utusan Malaysia

Berani ulas isu pempengaruh kahwin dua, Caprice menyorok dalam almari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Aksi penyanyi rap dan selebriti media sosial, Caprice, menyorok di dalam almari bagi mengulas mengenai isu pempengaruh berkahwin dua menjadi tular di media sosial.

Dalam video yang dimuat naik, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 36, ingin membincangkan mengenai hubungan perkahwinan pempengaruh Alif Teega yang mengumumkan telah berkahwin dua, semalam.

Namun, memandangkan isu poligami begitu sensitif, Caprice dilihat ‘melarikan diri’ selepas menyedari kehadiran isterinya yang sedang mencuci pakaian.

Selepas beberapa saat, Caprice akhirnya masuk ke dalam sebuah almari dipercayai di dalam bilik anaknya untuk memulakan ulasan. 

“Baik, Malaysia, dengar, kadangkala kita kena beranggapan..,” 

Belum sempat ahli perniagaan itu menyudahkan ayat, isterinya, Farra Inalis, membuka pintu almari dengan kayu besbol di tangan. 

Caprice kemudian berpura-pura mencari kain pelikat bewarna coklat miliknya. Aksi tersebut telah mengundang ketawa pengikutnya di media sosial. 

“Isteri tiba-tiba muncul, gerak hati isteri tak pernah salah. Comel sahaja mereka,” tulis satu komen. 

“Jangan cari fasal, Cap,” kata komen yang lain.

“Lawak betul duduk dalam almari, bagus isteri Cap,” kata seorang pengikut Instagram. 

Terdahulu, hangat di media sosial apabila seorang pempengaruh Alif Teega mengumumkan sudah berkahwin dua. 

Namun begitu, adik iparnya, Amirul Adni Rustam mendakwa  pempengaruh itu telah melakukan hubungan terlarang sejak setahun lalu selain dikatakan memukul isteri pertamanya, Aisyah Hijanah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN