Ada juga selebriti yang saya dah ‘unfollow’ - Haris Ismail - Utusan Malaysia

Ada juga selebriti yang saya dah ‘unfollow’ – Haris Ismail

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pelakon dan penceramah bebas, Haris Ismail mendedahkan dia tidak berfikir panjang untuk tidak lagi mengikuti selebriti antarabangsa yang diminati di media sosial selepas pelakon tersebut menyerlahkan warnanya yang sebenar.

Menurut Haris, dia terkilan dan kecewa kerana selebriti yang diminati itu tergamak menyatakan sokongan kepada Zionis dalam kemelut Palestin-Israel yang menjadi perhatian dunia pada waktu ini.

“Saya tak nak sebut nama selebriti tersebut. Tetapi memang saya terkejut dia rupanya menyokong zionis dan perkara itu jelas di media sosialnya baru-baru ini.

“Tak fikir panjang, saya terus ‘unfollow’ dia walaupun pada asalnya, saya sangat meminati lakonannya,”kata Haris ketika ditemui dalam sebuah majlis baru-baru ini.

Dalam pada itu, mengulas mengenai isu peperangan di Palestin, kata Haris, dia bersyukur semakin ramai pihak yang telah membuka mata dan prihatin dengan penderitaaan yang dialami oleh rakyat di negara tersebut.

Bagaimanapun, menurut suami Noor Neelofa ini, dia berharap semua pihak dapat terus bersatu hati dan tidak luput memberi sokongan kepada Palestin.

“Syukur kerana sekarang semakin ramai yang memahami dan prihatin dengan nasib yang menimpa saudara kita di Palestin. Namun saya harap janganlah usaha dan sokongan ini berhenti atau sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja.

“Ini satu perkara serius dan kita sebagai umat Islam harus sama-sama membantu mereka di sana. Teruskan memuat naik sebarang info atau kesederan mengenai isu ini di media sosial dan jangan takut untuk bersuara,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya