Ya, Bali ada kebakaran, kemarau, tetapi kehidupan macam biasa - Nourul Depp - Utusan Malaysia

Ya, Bali ada kebakaran, kemarau, tetapi kehidupan macam biasa – Nourul Depp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi yang kini menetap di Bali, Indonesia, Nourul Depp, 46, mengesahkan kehidupan penduduk masih berjalan seperti biasa meskipun pemerintah wilayah berkenaan telah mengisytiharkan darurat selama 14 hari.

Menurut Nourul, menerusi laporan berita, sememangnya terdapat kebakaran yang berlaku melibatkan beberapa daerah di Bali namun secara umum, keadaan di sana masih terkawal.

“Ramai mesej saya dan tanya okey ke saya di Bali selepas dengar kata ada darurat dan kecemasan. Sebenarnya, kehidupan di sini berjalan seperti biasa. Tak ada apa-apa. Ya ada kebakaran, ya sekarang tengah kemarau.

“Tetapi sekarang ini nampak mendung sikit dan sepatutnya sekarang musim hujan. Tetapi di sini masih panas dan kering.

“Mudah-mudahan akan turun hujan dan musim tengkujuh akan sampai tak lama lagi. Untuk semua yang bertanya, kehidupan di sini berjalan macam biasa,”katanya.

Nourul berkata demikian menerusi satu hantaran video di Instagram hari ini bagi menjelaskan situasi terkini di Bali selepas menerima banyak pertanyaan daripada keluarga dan rakan-rakan kenalannya.

Dalam pada itu, penyanyi ini juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bertanya khabar mengenai keadaannya di sana susulan laporan berita mengenai darurat itu dihebahkan.

“Terima kasih buat semua yang bertanya, ambil perhatian dan ambil berat tentang keadaan saya di sini. Alhamdulillah, Bali is normal,”katanya.

Semalam, Gabenor Bali, Sang Made Mahendra mengisytiharkan darurat kecemasan selama 14 hari bermula Khamis lalu selepas bencana kemarau menjadi semakin buruk.

Menurutnya, cuaca ekstrem yang melanda Bali dari Julai hingga Oktober 2023, mengakibatkan sebanyak 113 kampung mengalami krisis air selain kebakaran tanah berlaku di 10 kawasan termasuk ibu negeri wilayah Bali, Denpasar.

Unk info, Nourul dan keluarganya dilaporkan telah berpindah ke Bali sejak September 2021.

Nourul atau nama sebenarnya, Nurul Huda Abdul Wahab dan suami, Eric Daniel Depp berkahwin pada 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary, 11, Raphael, 9, dan Isabella,5.

Sementera menerusi perkahwinan terdahulu bersama komposer Ajai, Nourul dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ayu Nazirah, 26.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN