Tak nak boikot silakan, darah rakyat Palestin di tangan anda - Haneesya Hanee - Utusan Malaysia

Tak nak boikot silakan, darah rakyat Palestin di tangan anda – Haneesya Hanee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon dan selebriti media sosial tempatan, Haneesya Hanee,23, berpendapat, mana-mana individu yang enggan memboikot produk yang menyokong Israel tidak seharusnya bersikap dangkal dengan menyindir tindakan golongan yang berbuat demikian.

Bagi Haneesya atau nama sebenarnya Sharifah Haneesya Hanee Sayed Sahlan, dia yang memilih jalan untuk memboikot produk tertentu mempunyai alasan sendiri untuk melakukan perkara tersebut demi menyokong rakyat Palestin.

“Jika ada tertanya-tanya kenapa saya buat begini, ia kerana terdapat ribuan nyawa anak-anak kecil yang tak berdosa telah dibunuh dan terkorban kerana kerakusan sikap zionis atas alasan yang mengarut.

“Bayangkan, hidup dalam penjara terbuka selama bertahun-tahun yang mana ia juga adalah tanah air kita sendiri? Perasaan saya mungkin tak penting tetapi saya tahu kita semua terkesan dan sedih menerima khabar ini.

“Tetapi, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tentang isu boikot ini, satu saja yang saya minta, kalau rasa nak boikot, terusakan usaha itu,”katanya.

Haneeysa berkata demikian dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagram semalam.

Selain itu, Haneesya juga berkata, dia memahami ada kemungkinan sukar untuk sesetengah pihak melakukan boikot kerana kebanyakan jenama produk atau barangan menjadi kebiasaan pembeli dan pengguna.

“Saya tahu, memang susah sebab banyak sangat jenama yang memang kita beli dan pakai. Tetapi, tak mengapa, lakukannya secara perlahan-lahan.

“Tetapi kepada mereka yang tak nak boikot pun, silakan. Sebab, darah rakyat Palestin berada di tangan anda, bukan saya. Jadi, jangan pula anda patahkan semangat mereka yang sedang mencuba melakukan perubahan.

“Macam yang saya selalu katakan, kalau awak rasa benda itu betul, silakan,”katanya.

Menerusi tinjuan Utusan Malaysia, ruangan komen akaun Haneesya dihujani dengan kata-kata pujian yang menyifatkan pelakon ini layak bergelar wanita jelita yang bijak.

Perkongsian Haneesya tersebut juga turut mendapat komen daripada ibunya, Nor Hasnida,52, yang menyokong usaha baik anak perempuannya itu.

“Moga Alllah terus merahmati anakku. Mommy selalu akan sokong usaha baik yang awak lakukan. Jangan pernah takut untuk menegakkan kebaikan.

“Lakukannya demi Allah. Allah sayang awak, Alhamdulillah,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN