Perhimpunan Solidariti: Boleh marah, tapi jangan hilang fokus utama - Naim Daniel - Utusan Malaysia

Perhimpunan Solidariti: Boleh marah, tapi jangan hilang fokus utama – Naim Daniel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Meskipun cara penganjuran perhimpunan ‘Freedom With Palestine’ mendapat kritikan ramai, namun penyanyi, Naim Daniel, 26, berharap perkara itu tidak menenggelamkan isu Palestin yang jauh lebih penting.

Menurut Naim, fokus utama yang perlu diberi perhatian ialah solidariti dan sokongan Malaysia buat rakyat Palestin di bumi bergolak itu.

“Kita boleh marah dengan apa yang berlaku di perhimpunan tersebut, namun jangan sampai ia menghilangkan fokus kita kepada isu yang lebih besar iaitu apa yang dihadapi saudara kita di Palestin.

“Saudara kita di sana tidak tahu pun apa yang jadi di perhimpunan semalam. Namun apa yang pasti, mereka sangat memerlukan sokongan kita semua.

“Inilah yang Zionis mahukan iaitu perpecahan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Penyanyi Purnama tersebut merasakan perhimpunan awam adalah salah satu cara untuk menyatakan solidariti.

Oleh itu, pihak penganjur iaitu Viva Palestina Malaysia (VPM) dan MyCARE seharusnya lebih terbuka untuk membiarkan pengunjung hadir dan menyampaikan mesej protes mereka dengan cara tersendiri.

“Semalam keadaan agak kucar-kacir, mereka larang untuk turunkan poster bersifat provokatif dan tidak boleh nyatakan apa-apa laungan bersifat keagamaan kerana tidak mahu ia dilihat sebahai perhimpunan orang Islam.

Bagi saya, kita datang melawan musuh yang sama jadi sepatutnya tidak ada masalah untuk seseorang itu meluah dengan caranya.

“Lagipula bukan ada kerosakkan, ia masih sebuah perhimpunan aman,” jelasnya.

Sebelum ini, tular di media sosial kekecewaan seorang peserta perhimpunan ‘Freedom With Palestine’ yang diminta menurunkan sepanduk Netanyahu.

Bukan itu sahaja, penganjur turut menyifatkan individu terbabit sebagai Zionis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN