Pasaran sekarang berbeza - Vince Chong - Utusan Malaysia

Pasaran sekarang berbeza – Vince Chong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PROGRAM realiti televisyen (TV) yang diwujudkan untuk mencari bakat nyanyian berdepan perubahan sejak ia diperkenalkan kepada masyarakat sekitar awal era 70 an lagi.

Kita melihat, sepanjang lebih lima dekad, bermacam-macam jenis pertandingan nyanyian TV yang diwujudkan untuk memenuhi citarasa dan permintaan penonton.

Dunia penyiaran tempatan tidak kurang meriah menayangkan rancangan TV berkonsepkan pertandingan nyanyian seperti Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Bintang RTM, One In A Million dan banyak lagi.

Rancangan tersebut kemudian berevolusi dengan pelbagai idea dan konsep lebih baru antaranya seperti Mask Singer Malaysia, All Together Now, Mentor, Vokal Mania, Gegar Vaganza dan banyak lagi.

Selepas lambakan idea original dan adaptasi, penerbit dan stesen TV mungkin sudah buntu memikirkan konsep apa lagi yang ingin mereka ketengahkan. 

Kebuntuan itu akhirnya menimbulkan persoalan, adakah rancangan TV seperti ini masih relevan? Dengan lagi adanya platform media sosial yang sudah seakan mengambil alih peranan TV.

Bagi juara Akademi Fantasia (AF) pertama, Vince Chong, dia mengakui adanya pelbagai cabaran untuk sesebuah program realiti TV nyanyian bertahan sepanjang zaman.

Lihat sahaja  AF dan Malaysian Idol yang sekian lama ditamatkan kerana rating yang jatuh menjunam. 

Pandangan Vince bahawa program TV berdepan persaingan dengan adanya kepelbagaian platform media sosial dan penstriman mungkin dipersetujui ramai. Itulah realiti sekarang. Media sosial perlahan-lahan mengambil alih peranan TV.

“Pasaran sangat berbeza, begitu juga citarasa penonton. Kalau diperhatikan, penonton, sejumlah besarnya beralih kepada platform penstriman dan media sosial seperti TikTok. 

“Sekarang, seorang penyanyi baru tak perlu masuk program realiti TV untuk dikenali. Mereka hanya perlukan media sosial dan platform di Internet.

“Kita tidak tahu selama mana program realiti di televisyen mampu bertahan. Tapi yang pasti ia akan terus mendapat permintaan kalau idea yang dipersambahkan lain dan menarik,” jelasnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya