Hebat netizen, mereka tahu siapa dia mimpi - Sophia Albarakbah - Utusan Malaysia

Hebat netizen, mereka tahu siapa dia mimpi – Sophia Albarakbah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM : “Netizen tahu ya dia (Shila) mimpi siapa. Hebat netizen kita.”

Demikian kata-kata pelakon, Sophia Albarakbah ketika diminta mengulas usikan netizen selepas penyanyi, Shila Amzah berkongsi bermimpi seorang pelakon wanita menganggu suaminya, Ubai MZ.

Sophia dalam nada terhibur bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut kerana beranggapan mimpi tersebut tidak ada kena mengena dengannya.

“Saya tak tahu nak komen apa sebenarnya. Sebab mimpi tersebut tak ada kena mengena dengan saya pun,” ujarnya.

Pelakon sensasi tersebut ditemui di konsert ketiga program realiti, Famili Duo musim ketiga di sini malam tadi.

Terdahulu, ciapan Shila di aplikasi X mengundang usikan netizen yang meneka Sophia adalah wanita yang dikatakan menganggu suaminya di dalam mimpi.

Pelakon Mimaland itu sebelum ini terpalit kontroversi apabila dikatakan mengganggu rumah tangga satu pasangan selebriti.

Bagaimanapun, Sophia menafikan dakwaan tersebut dan enggan dikaitkan lagi dengan pasangan yang pernah bercerai dan rujuk semula beberapa tahun lepas.

Sementara itu, teruja pertama kali menyaksikan Fami Duo 3, Sophia menolak sekiranya ditawarkan untuk menyertai program realiti tersebut.

“Sejujurnya saya memang minat acara hiburan, tetapi saya tidak boleh menyanyi. Langsung tidak.

“Kalau menyanyi untuk diri sendiri bolehlah. Tapi kalau depan orang, tak mahu. Maaf sangat,” katanya yang juga sepupu penyanyi, Aisha Retno.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya