Gangguan seksual, Sara Daewood trauma dirakam ketika mandi - Utusan Malaysia

Gangguan seksual, Sara Daewood trauma dirakam ketika mandi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DI tengah populariti dan rating tontonan sesebuah naskhah, ada sisi gelap yang sebenarnya sudah lama terjadi namun tidak cukup berani untuk dibahaskan lebih besar. 

Mungkin bukan tidak berani, tapi tidak ada yang benar-benar mahu ambil kisah selagi ia tidak ganggu periuk nasi atau terkena di batang hidung orang yang mereka sayangi. 

Saban tahun, industri hiburan menerima lebih ramai bakat baharu yang semangat berapi-api untuk menyumbang kepada industri seni dan hiburan tanah air. 

Sayangnya, industri kita sering lalai dan tidak berlaku adil kepada pemainnya walaupun dalam hal paling asas seperti keselamatan dan kebajikan para pelakon. 

Beberapa pelakon muda tampil kepada Utusan Malaysia menceritakan gangguan seksual yang diterima mereka di set penggambaran. 

Kebanyakan mereka memiliki pattern yang sama iaitu muda, jelita dan sangat baharu di dalam industri. 

Persoalannya, mengapa set penggambaran gagal menjadi tempat yang selamat buat pemain industrinya sendiri? 

Trauma dirakam ketika mandi – Sara Daewood

Seorang pelakon, Sara Daewood baru setahun memasuki industri seni tanah air dan sangat gembira setelah menerima tawaran lakonan filem pertamanya pada tahun 2018. Namun, siapa sangka, ketika itulah dia menerima gangguan seksual pertamanya. 

“Waktu itu saya sahaja pelakon perempuan yang masih ada babak dan berada di inap desa. Saya nampak ada seorang kru di dapur, perkara itu bukanlah sesuatu yang pelik sebab dia runner dan bertugas buat air. 

“Saya kemudian masuk ke salah satu bilik air untuk mandi. Ketika mahu buka pancuran air, saya ternampak kepala manusia dan kamera telefon bimbit di dinding. 

“Saya rasa tidak sedap hati, terus pakai baju keluar dari situ. Kemudian saya ternampak  kru tadi di ruang tamu bermain telefon bimbit,” dedahnya secara eksklusif kepada Utusan Malaysia. 

Sara kemudian menelefon salah seorang pengurus artis untuk memeriksa kandungan telefon bimbit kru tersebut. Tekaannya tepat, terdapat beberapa video pelakon itu yang dirakamnya selama empat hari. Syarikat produksi kemudian menyerahkan kru tersebut kepada pihak polis.

“Saya menggigil, malu, marah, takut semua ada dan tidak keluar daripada bilik di rumah inap desa. Satu set penggambaran sudah tahu apa yang terjadi dan kebanyakan mereka lelaki. 

“Saya kuatkan semangat untuk habiskan penggambaran. Itu projek filem pertama saya dan tak sangka ia terjadi,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN