Cinta jarak jauh, yang penting kami saling setia - Bad Indigo - Utusan Malaysia

Cinta jarak jauh, yang penting kami saling setia – Bad Indigo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pernah dilabel sedang menjalani cinta halusinasi, penyanyi dan ahli kumpulan Indigo, Bad, 48, mengakui dia dan kekasihnya yang dikenali dengan gelaran RDM masing-masing tabah mengharungi perhubungan cinta jarak jauh.

Menurut Bad atau nama sebenarnya, Badrul Izhan Yeop Abdullah, kekasihnya yang berusia awal 30-an itu menetap dan bekerja di luar negara dan keadaan itu menyebabkan kedua-dua mereka jarang bertemu muka.

“Siapa kata dia tak ada, ada. Cuma tak ada di sini sebab dia berada jauh di luar negara. Kami menjalani hubungan cinta jarak jauh jadi pada kebanyakan masa memang hanya berbual menerusi panggilan telefon atau video sahaja.

“Mak, kakak dan anak-anak saya pun macam itu, berbual dengan si dia menerusi panggilan video sahaja.

“Sebelum ini adalah juga kami berjumpa bila dia ada di sini, tetapi jumpa pun rahsia-rahsia. Saya memang tak mahu dedahkan siapa dia, sekurang-kurangnya pada waktu ini,”katanya.

Menurut Bad lagi, meskipun dia berjauhan dengan kekasih, namun itu bukan penghalang untuk kedua-dua mereka saling mengikat tali kesetiaan.

Kata Bad, sepanjang setahun lebih usia perkenalan mereka, dia dan teman wanitanya itu tidak pernah bergaduh atau berselisih faham.

“Alhamdulillah kami ini tak pernah bergaduh. Biasanya orang kata kalau cinta jarak jauh ini akan ada banyak pergaduhan, tetapi tak terjadi pada kami.

“Kesetiaan juga tiada masalah. Sebabnya begini, senang saja, kalau saya setia, saya boleh rasa sama ada pasangan itu pun setia atau tidak. Kalau tak setia, dan hubungan asyik dengan tanda tanya, itu bermakna kita pun buat perkara yang serupa.

“Kalaupun berlaku perihal tak setia itu, kita fikir positif sahaja. Itu bermakna Allah SWT sayangkan kita dan mahu melindungi kita daripada perkara yang tak sewajarnya,”katanya.

Menyifatkan RDM sebagai wanita terbaik untuknya buat masa ini, jelas Bad, dia tetap dengan pendirian untuk tidak mendedahkan identiti wanita itu pada khalayak umum sehingga hari bahagia mereka tiba kelak.

“Orang cakao saya halusinasi sebab tak pernah tunjuk siapa kekasih saya. Sekarang ini, jujurnya hanya segelintir orang terdekat saya sahaja yang tahu.

“Biarlah kami bercinta sembunyi-sembunyi dulu, sebab saya tak mahu dia kena kecam. Iyalah, saya ini tua, cacat, orang kata dia lebih layak dengan orang lain dan sebagainya. Itu tohmahan yang diterima dia walaupun tidak saya tunjukkan siapa dirinya.

“Bayangkan kalau orang tahu dan kenal dia? Lagi banyak kecaman datang rasanya. Tak apalah, biarlah orang nak cakap apa pun nanti bila tiba hari bahagia kami, saya akan dedahkan juga siapa dia,”katanya.

Dalam pada itu, kata Bad, dia dan kekasihnya bagaimanapun tidak merancang atau terlalu terburu-buru dalam soal mendirikan rumah tangga.

Meskipun sentiasa bersedia, Bad bagaimanapun percaya sekiranya semua urusan dipermudahkan Tuhan, maka berita mengenai perkahwinan mereka itu kelak akan dikongsikan kepada umum.

Untuk rekod, Bad mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan penyanyi Ashira pada 11 Mac 2021 selepas mereka mula rapat ketika bergelar peserta Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7).

Tetapi selepas tiga bulan mendirikan rumah tangga, pasangan itu diduga dengan masalah kesihatan Bad yang menghidap diabetes sehingga perlu memotong semua jari kaki kirinya.

Jodoh tidak panjang, mereka mengesahkan sudah bercerai pada 23 Jun lalu tanpa berkongsi lanjut punca perpisahan tersebut. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya