Jangan keluarkan kata-kata seperti kita tiada agama - Engku Emran - Utusan Malaysia

Jangan keluarkan kata-kata seperti kita tiada agama – Engku Emran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Selepas kakak kepada selebriti popular, Noor Neelofa, Noor Nabila membuat kenyataan bakal bercerai, kin giliran suaminya, Engku Emran membuka mulut mengenai perkara tersebut.

Emran dalam satu kenyataan di Instagram semalam meluahkan, kehancuran dalam perkahwinan kali ketiga yang dilaluinya bukan tanda kegagalan sebaliknya sebuah takdir yang sudah tertulis oleh Allah SWT.

“Kami berdua telah mengharungi tiga perkahwinan, kami tahu apa yang kami mahukan dalam hidup. Namun kami terpaksa mencari kebahagiaan sendiri.

“Perkahwinan sangat mencabar, yang pernah berkahwin akan tahu. Yang mana belum berkahwin jangan sembang kuat sangat.

“Saya beritahu Nabila tiga perkahwinan ini bukanlah satu kegagalan. Semuanya sudah tertulis dan kami terpaksa akur,”katanya.

Selain itu, Emran atau nama sebenarnya Engku Emran Engku Zainal Abidin turut menyelar tindakan segelintir netizen meninggalkan komen dan pandangan negatif terhadap rumah tangga mereka.

“Saya terpanggil dan bertanggungjawab untuk berkata sesuatu dengan niat untuk menghindari fitnah dari tidak terkawal.

“Jangan kita komen seperti kita nampak sangat tidak bijak. Jangan kita komen seperti kita kenal sangat orang yang kita langsung tidak kenal.

“Jangan kita komen macam kita tidak akan ada ujian yang menanti, jangan keluarkan kata-kata atau hasilkan cerita macam kita tiada agama,”katanya.

Dalam pada itu, bapa kepada Engku Aleesya turut memohon kepada orang ramai untuk menghormati serta menjaga hati kedua belah pihak keluarga.

Katanya lagi, dia dan Nabila reda dengan perpisahan yang bakal berlaku tidak lama lagi.

“Jaga adab dan hormati Nabila dan saya. Kami masih ada keluarga, mak dan ayah. Jangan menambah kesakitan mereka.

“Kami tidak pernah mengganggu hidup sesiapa. Ini ujian untuk kami dan Alhamdulillah kami reda,”katanya.

Nabila dan Engku Emran mendirikan rumah tangga pada 19 Mac tahun lalu.

Sebelum itu, Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor, Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan bercerai secara hakam pada 9 Julai 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia lima tahun.

Manakala, Emran pernah berkahwin dengan selebriti jelita iaitu Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya. Dia juga pernah berkahwin dengan aktres popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya