Bertahun-tahun dia tiada kerja, hidup berpoya-poya - Bekas Isteri ND Lala - Utusan Malaysia

Bertahun-tahun dia tiada kerja, hidup berpoya-poya – Bekas Isteri ND Lala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Bekas isteri Datuk ND Lala iaitu Fauziah Sarman mendakwa, penyanyi tersebut sudah bertahun tidak bekerja serta mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.

Perkara itu didedahkan oleh Fauziah menerusi satu hantaran di Instagram dengan antara luahan itu menyentuh mengenai sikap bekas suaminya itu.

Dakwa Fauziah, ND Lala banyak menghabiskan masa dengan bermain golf bersama isteri baharunya, Siti Munirah.

“Tiada rasanya keluarga yang tidak akan bergaduh jika hak kami (isteri) diusik. Tanyalah diri berapa lama nafkah saya diabaikan.

“Cerminlah diri, bertahun-tahun anda (ND Lala) tidak bekerja, bertahun-tahun pagi petang main golf dan berpoya-poya dengan isteri baru,”katanya.

Dalam masa sama, Fauziah mahu bekas suaminya sedar bahawa sumber kewangan dan kesenangan yang diperolehi selama ini adalah hasil titik peluh anak sulung mereka iaitu penyanyi,Shila Amzah.

“Kena sedar, kehidupan yang terbina sekarang hasil dari titik peluh seorang anak yang tidak pernah berkira untuk keluarganya.

“Tetapi janganlah sampai menghabiskan dan bersenang-senang dengan rezeki yang dicari oleh anak,”katanya.

Sementara itu, ibu kepada empat cahaya itu berkata, dia tiada niat untuk untuk mengaibkan mana-mana pihak.

Bagaimanapun, diam berpegang kepada kepercayaan bahawa kebenaran akan terbukti suatu hari nanti.

“Saya pernah dididik oleh bekas suami bahawa ‘setiap tindakan ada akibatnya’ jadi bagi saya apa yang terjadi sekarang, satu persatu kisah yang kami simpan selama ini adalah kifarah yang Allah zahirkan.

“Sebab itu saya tiada niat untuk membuka pekung di dada, tetapi apa yang benar tidak akan menipu apabila sampai masanya,”katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

BERITA BERKAITAN