Angkat sumpah, Altimet mahu balas budi warga Selangor - Utusan Malaysia

Angkat sumpah, Altimet mahu balas budi warga Selangor

SYED Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau Altimet mengangkat sumpah sebagai (ADUN) Lembah Jaya Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi penggal ke-15 pada Mesyuarat Pertama (Angkat Sumpah) Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Ke-15 di Dewan Negeri Selangor, SUK Selangor, Shah Alam.-UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM : Penyanyi rap, Altimet, 45, menyatakan kesediaannya menggalas tanggungjawab sebagai wakil rakyat demi membalas budi kepada negeri kelahirannya, Selangor.

Menurut penyanyi dengan nama sebenar, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad ini, antara misi dan visi untuk Lembah Jaya ialah pembangunan fasiliti dan kes kebajikan asnaf di kawasan Lembah Jaya.

“Saya rasa ada satu tanggungjawab besar terletak di atas bahu ini. Tapi saya sedia menggalas tanggungjawab ini untuk Selangor, sebagai balasan budi kepada negeri kelahiran saya.

“Saya berharap dapat berkomunikasi dengan warga Lembah Jaya dengan lebih baik.
Buat masa sekarang, saya dan pasukan sedang mengumpul maklumat sebelum betul-betul bergerak.

“Kami akan memberi tumpuan pada kes-kes kebajikan asnaf, pembangunan infrastruktur dan juga penambah baikan fasiliti sekolah-sekolah di Lembah Jaya. Saya yakin dengan kebolehan pasukan pejabat khidmat Lembah Jaya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini, hari ini.

Terdahulu, Altimet yang mengenakan baju Melayu berwarna merah hadir di majlis angkat sumpah di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam, hari ini.

Difahamkan, busana sama dikenakannya semasa hari penamaan calon pada 29 Julai lalu.

Sebelum ini, Altimet yang bertanding untuk kerusi DUN Lembah Jaya menang dengan majoriti 6,707 dan memperoleh 26,116 undi mengalahkan pencabar terdekatnya Sharifah Haslizah Syed Ariffin dari Perikatan Nasional (PN) yang memperoleh 19,409 undi.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

BERITA BERKAITAN