Pilih Indonesia, kami ada sebab sendiri - Penerbit - Utusan Malaysia

Pilih Indonesia, kami ada sebab sendiri – Penerbit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penerbit Eksekutif 4WARD Pictures, Nashrul Nasir dan Alif Nabil mengakui ada alasan sendiri mengapa memilih negara jiran untuk menghasilkan filem seram berjudul The Parcel berbanding menjalankannya di dalam negara.

Menurut Nashrul, filem arahan Andi Bachtiar Yusuf itu telah pun memulakan penggambarannya pada 27 Julai lalu dengan mengambil beberapa lokasi di Jakarta, Indonesia sebagai latarnya.

“Filem genre seram mempunyai nilai yang besar berdasarkan kepada permintaan daripada penonton. Naskhah sedemikian masih diminati dan mudah difahami berdasarkan kepada penceritaannya.

“Malah 4WARD Pictures merasakan wujudnya persamaan budaya dan nilai antara dua negara serumpun, Malaysia dan Indonesia. Kami juga mendukung filem-fikem berkualiti yang ditayangkan di kedua-dua negara,” katanya.

Menyokong kenyataan Nashrul, tambah Alif, Indonesia juga dilihat banyak menawarkan keunikan dan keistimewaan dalam konteks sebuah karya filem.

“Dari dulu kami juga sangat minat dengan filem Indonesia dan kini kembali berkesempatan untuk mencipta nama berkembangan di Indonesia,” katanya.

Berkongsi mengenai pemilihan Atiqah Hasiholan sebagai pelakon utama The Parcel, Nashrul menjelaskan pihaknya telah melakukan ‘reset’ dan uji bakat bagi mendukung watak yang diperlukan.

“4WARD Pictures memang mencari bintang yang mampu menyampaikan karakter utama sesuai dengan situasi dan Atiqah dilihat mampu memberikan apa yang diperlukan.

“Iaitu daripada segi ciri-ciri, imej, kriteria, fizikal selain prestasi lakonan yang dikehendaki,” katanya.

Filem The Parcel dibintangi pelakon handalan dari Indonesia iaitu Atiqah Hasiholan manakala pelakon Malaysia pula ialah Amir Ahnaf dan Nora Danish.

Selain Atiqah Hasiholan, The Parcel turut dibarisi pelakon hebat seperti Baim Wong, Putri Ayudya dan Whani Dharmawan.

The Parcel mengisahkan tentang wanita bernama Radha, yang bertugas sebagai wartawan jurugambar dan nasibnya berada di hujung tanduk susulan sebuah kes.

Atas desakan kewangan, Radha dan anak lelakinya perlu mencari sebuah rumah yang lebih murah sewanya.

Lalu, mereka mendiami sebuah rumah yang mana di dalamnya turut mempunyai sebuah bilik yang dikhaskan untuk memproses filem negatif.

Tiada jiran yang mendedahkan mengenai kisah lama pemilik rumah terdahulu sebelum mereka mendiaminya.

Misteri berlaku apabila Radha menerima satu kiriman bungkusan tanpa nama dan alamat yang jelas. Atas rasa ingin tahu, Radha membuka kiriman berkenaan sebelum tercetusnya pelbagai kejadian menakutkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya