Tak pernah merajuk dengan Sepahtu - Shuib - Utusan Malaysia

Tak pernah merajuk dengan Sepahtu – Shuib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelawak dan penyampai radio Suria FM, Shuib, 39,tidak pernah merajuk dengan Sepahtu, meskipun ramai membuat pelbagai andaian apabila membuat keputusan untuk tidak bergerak bersama kumpulan itu lagi.

Menurut Shuib, selama ini, dia tidak pernah menyatakan secara rasmi keluar daripada Sepahtu.

“Tiada istilah merajuk. Saya masih lagi bersahabat dengan anggota Sepahtu. Seingat saya, tidak ada sekalipun saya cakap sudah keluar kumpulan itu. Apatah lagi, Sepahtu yang membuka rezeki buat saya dalam industri.

“Jika orang masih panggil saya sebagai Shuib Sepahtu, saya tidak kisah. Saya faham apabila terlalu lama dalam kumpulan, memang nama itu akan melekat,” katanya.

Shuib berkata demikian ketika ditemui pada sidang media rancangan komedi UBI Superstar Live, semalam.

Terdahulu, Shuib dan Ajak Shiro diumumkan sebagai pelawak undangan yang akan bergandingan dengan Fad Bocey, Sharif Zero dan Namie bagi merancakkan lagi program komedi tersebut.

Shuib bagaimanapun tidak menafikan, Sepahtu Reunion tetap berada di hatinya, meskipun kini terlibat dalam program bersama kumpulan UBI.

“Saya meletakkan Sepahtu Reunion sebagai program paling menarik dan seronok pernah saya buat. Sehingga sekarang, ia masih lagi ‘best’.

“Lima tahun saya bersama Sepahtu Reunion dan lebih 100 episod telah saya buat. Cuma kali ini, saya terima pelawaan UBI untuk tukar angin baru.

“Sudah sampai masanya dan insya-Allah, saya akan berikan yang terbaik menerusi program ini,” katanya.

Program UBI Superstar Live akan bersiaran di Astro Warna bermula 23 Februari ini.

Kelima-lima mereka akan menghiburkan penonton menerusi garapan sitkom komedi istimewa dengan kreativiti sendiri selama empat minggu bersiaran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya