Pilihan di tangan penonton - Fauziah Nawi - Utusan Malaysia

Pilihan di tangan penonton – Fauziah Nawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pelakon berpengalaman, Fauziah Nawi pula berpandangan penonton perlu lebih terbuka dan lebih menerima jalan cerita yang berlainan bagi sesebuah drama.

Katanya, perkara itu disebabkan golongan tersebut mempunyai kuasa untuk menentukan jenis penceritaan yang ditayangkan di stesen televisyen (TV) tempatan.

“Sebenarnya, apa yang ditayangkan di TV berdasarkan permintaan penonton. Kalau tidak, masakan penerbit atau stesen televisyen nak buat jalan cerita seperti itu.

“Situasi ini boleh disamakan dengan berniaga makanan, kalau orang tak suka, kita pun tak akan jual makanan yang pembeli tak nak.

“Sebagai penonton, saya akan tolak drama yang bukan pilihan atau citarasa saya. Itu adalah pilihan masyarakat,” katanya.

Justeru, kata Fauziah, proses penghasilkan skrip dan jalan cerita tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa dan memerlukan masa yang mencukupi untuk penulis menghasilkan cerita berkualiti dan berlainan.

“Penulis skrip kena fikirkan cara yang lebih kreatif untuk tampilkan jalan cerita seperti akan ia tidak kelihatan sama. Perkara itu perlukan masa dan tidak boleh dibuat tergesa-gesa.

“Kita tidak boleh menuding jari kepada penulis skrip atau layar semata-mata kerana mereka juga berdepan cabaran apabila penerbit atau stesen TV memberikan tempoh yang singkat untuk drama tersebut disiapkan.

“Perkara itu yang membuatkan kualiti atau kreativiti penceritaan sesebuah drama menjadi lebih dan kurang menarik,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya