Hafiz Mahamad dinobat individu paling berpengaruh Gempak Most Wanted 2022 - Utusan Malaysia

Hafiz Mahamad dinobat individu paling berpengaruh Gempak Most Wanted 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pempengaruh, Hafiz Mahamad, dinobatkan sebagai pemenang utama Anugerah Gempak Most Wanted 2022, sekali gus bergelar individu paling berpengaruh di media sosial.

Meraih jumlah undian tertinggi iaitu 125,288, Hafiz membawa pulang trofi dan mata ganjaran McDonald’s.

Selain kemenangan tersebut, Hafiz turut membawa pulang trofi Anugerah Digital Influencer Tergempak 2022, menewaskan calon lain iaitu Nelysa Norazlan, Imran Bard, Ceddy Ang dan Azfar Heri.

Sementara itu, trofi Gempak Hall of Fame pula dijulang personaliti media sosial, Sofyank yang popular dengan bahan kandungan kreatif.

Kreativiti Sofyank diakui apabila anak kelahiran Kelantan itu mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa, termasuk di Hollywood menerusi penghasilan bahan kandungan di media sosial.

Tuah turut berpihak kepada kumpulan Dolla yang membawa pulang dua anugerah menerusi kemenangan dalam kategori Video Muzik Tergempak dan Lagu Trending Tergempak.

Dolla mengetepikan persaingan daripada nama besar seperti Datuk Vida, Janna Nick, Joe Flizzow dan SonaOne.

Sementara itu, Meerqeen pulang dengan senyuman apabila dinobatkan sebagai pemenang kategori Video Trending Tergempak dan Drama Trending Tergempak menerusi naskhah Melur Untuk Firdaus.

Gempak Most Wanted Awards 2022 merupakan anugerah pertama yang mengangkat dan meraikan bukan hanya selebriti, tetapi juga pencipta kandungan serta selebriti media sosial di negara ini.

Gempak Most Wanted 2022 dihoskan Elly Mazlein, Radin, Amelia Henderson dan Sean Lee.

Persembahan hebat turut mewarnai pentas anugerah menampilkan The Gadys, Dolla, Sara Sisters, Misha Omar, Marsha Milan, Namie, Khai Bahar, DeFam, Nabila Razali, Bunkface dan ramai lagi.

Gempak Most Wanted Awards 2022 dipancarkan secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam.

Berikut ialah senarai pemenang bagi kategori dipertandingkan:

*Digital Content Creator Tergempak 2022: Ryan Bakery

*Lagu Trending Tergempak 2022: Bad (Dolla)

*Motivator Digital Tergempak 2022: Cikgu Fathi

*Personaliti Gamer Tergempak 2022: Kambing Golek

*Selebriti Digital Tergempak 2022: Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin

*Video Trending Tergempak 2022: Meerqeen, Swipe Challenge

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya