Anugerah Brit 2023: Harry Styles menang lagi - Utusan Malaysia

Anugerah Brit 2023: Harry Styles menang lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Baru sahaja meraih kejayaan manis pada kemuncak Anugerah Grammy ke-65, minggu lalu, penyanyi Harry Styles, mencipta satu lagi sejarah apabila merangkul empat trofi pada Anugerah Brit 2023 yang berlangsung di O2 Arena, London, malam tadi.

Menerusi lagu As It Was, karya tersebut membawa tuah buat penyanyi kelahiran Redditch, England itu apabila memenangi Album Terbaik, Lagu Terbaik, Artis Terbaik dan Artis Pop/R&B Terbaik.

Ketika menyampaikan ucapan, bekas anggota kumpulan One Direction ini mendedikasikan anugerah yang diterimanya itu buat ibunya, Anne Twist, 55, yang dianggap sebagai pendorong utama kerjaya seninya selama ini.

“Saya berterima kasih kepada keluarga atas segala sokongan dan dorongan kuat yang diberikan, selain begitu memahami diri ini.

“Paling utama, terima kasih kepada ibu kerana jika bukan disebabkan dia yang menghantar penyertaan saya di program realiti, The X Factor, tentu saya tidak akan berada di sini, hari ini,” katanya.

Styles juga tidak lupa untuk berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangannya dalam kumpulan One Direction iaitu Liam Payne, Louis Tomlinson, Zayn Malik, dan Niall Horan yang secara tidak langsung menjadi tulang belakang kejayaannya.

Sementara itu, kumpulan indie, Wet Leg mencipta momen tersendiri apabila dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Kumpulan Terbaik dan Artis Baharu Terbaik.

Penyanyi terkenal dunia, Beyonce Knowles pula diangkat sebagai Artis Antarabangsa Terbaik dan Lagu Antarabangsa Terbaik menerusi lagu popularnya, Break My Soul.

Anugerah Brit 2023 dikendalikan pelawak, Mo Gilligan, manakala antara artis popular yang tampil membuat persembahan ialah Sam Smith dan Kim Petras.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya