Nad Zainal dan Ungku Ismail sah nikah 23 Januari lalu - Utusan Malaysia

Nad Zainal dan Ungku Ismail sah nikah 23 Januari lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pasangan pelakon, Nad zainal dan Ungku Ismail Aziz, sah telah bernikah pada tanggal 23 Januari lalu.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Irie dan Jimie Whang menerusi satu hantaran di Instagram selain mengakui telah dipertanggungjawab untuk menghasilkan busana pernikahan buat pasangan tersebut.

“Bermula sebagai pelanggan Seth & Luna dan seterusnya kami diberi kepercayaan untuk menyimpan rahsia terbesar. Itu adalah penghormatan atas tujuh tahun kami bersahabat.

“Setelah lebih tujuh tahun, berbagai ujian yang dihadapi, sempat berlinang air mata dan berkirim doa. Nad mengetuk pintu kami dan menyerahkan kepercayaan untuk menghasilkan busana pernikahannya bersama bakal suami. Antara rahsia yang kami simpan dengan penuh rasa hormat.

“Pada hari ini, kami berdua dengan penuh bangga hati mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru Nad Zainal dan Ungku Ismail. Semoga mahligai perkahwinan yang dibina berbahagia dan berkekalan hingga ke jannah,”katanya.

Terdahulu, Nad dan Ungku masing-masing memberi bayangan di akaun Instagram bahawa mereka sudah mendirikan rumah tangga.

Menerusi klip video pendek, pasangan itu yang saling menggenakan sepasang busana berwarna putih turut berpimpin tangan berjalan di perkarangan Masjid Wilayah Persekutuan.

Tidak cuma itu, di ruangan kapsyen tertulis emoji berbentuk hati selain tarikh 23 Januari 2023, merujuk kepada tarikh istimewa mereka disatukan.

Bagaimanapun, tiada sebarang maklumat lain disertakan sama ada daripada pihak Nad mahupun Ungku.

Perkongsian itu kemudiannya telah dihujani dengan ucapan tahniah oleh rakan-rakan selebriti termasuk peminat dan pengikut masing-masing yang turut mendoakan kebahagiaan pasangan pengantin baharu ini.

Sementara itu, cubaan untuk mendapatkan keterangan lanjut daripada Nad dan Ungku masih menemui jalan buntu selepas kedua-duanya gagal dihubungi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya