Lebih 35 tahun dalam industri, Wings masih fantastik - Utusan Malaysia

Lebih 35 tahun dalam industri, Wings masih fantastik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yakin kemunculan kumpulan Wings sempena malam kemuncak Festival Folklore Antarabangsa Petaling Jaya (PJ Folklore) pada 4 Disember ini bakal menyuntik kemeriahan pada penganjuran konsert percuma tersebut.

Menurut Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Azhan Md. Amir, MBPJ percaya kepada kredibiliti dan pengaruh yang ada pada Wings dalam usaha menarik lebih ramai pengunjung ke festival tersebut yang menyaksikan tahun ketujuh penganjurannya diadakan.

“Kumpulan Wings sudah berada dalam industri lebih 35 tahun dan profil kerjaya mereka dalam bidang seni muzik sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi. Saya percaya, mereka adalah antara kumpukan rock tanah air yang memiliki aura yang fantastik.

“Peminat mereka pun sangat mengagumkan. Tentu sekali kami sedar bahawa Wings dalam masa yang sama banyak melakukan konsert dan persembahan secara back to back kebelakangan ini.

“Namun, rasanya itu tidak menjadi masalah kerana peminat sentiasa menyokong kumpulan rock ini dan tetap mahu menyaksikan Wings dalam mana-mana persembahan. Mungkin, Festival Folklore ini menjadi saksi persembahan penutup Wings untuk tahun ini. Tambahan pula, saya percaya ramai suka dengar lagu-lagu rock kapak. Jadi datanglah ke konsert percuma ini nanti,”katanya.

Selain itu, kata Mohamad Azhan, PJ Folklore 2022 juga merupakan satu daripada usaha dan inisiatif MBPJ mempromosikan Bandar Raya Petaling Jaya sebagai sebuah Kota Seni dan Destinasi Pelancongan Antarabangsa selain menghidupkan kawasan Seksyen 52.

Malah, ia juga selaras dengan pelaksanaan Petaling Jaya Smart, Sustainable and Resilient (PJSSR2030) yang menjadi satu daripada agenda MBPJ dalam menjadikan Petaling Jaya sebagai bandar raya mampan.

“Festival ini mengetengahkan konsep kepelbagaian, keunikan, keharmonian, kesenian rakyat, budaya komuniti tempatan dan antarabangsa, perkongsian ilmu dan ketamadunan negara-negara serta memupuk kasih sayang dan cintakan budaya negara-negara lain.

“Pelbagai acara menarik telah disusun sempena festival ini dan antaranya melibatkan persembahan kebudayaan dan pameran busana tradisional daripada 8 buah negara antarabangsa.

“Negara yang terbabit adalah Indonesia melibatkan dua kumpulan dari Bandung dan Kalimantan, Korea Selatan, Filipina, Thailand, Mexico, Sri Lanka, Jepun dan Uzbekistan. Manakala 10 buah negeri di Malaysia iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Johor,”katanya.

PJ Folklore 2022 melibatkan 31 program secara percuma seperti PJ Fight Night (MMA), Pocket Show, Asian Food Festival, Pameran Busana & Jualan Pelbagai, Wayang Kulit (Pok Chu), Dikir Barat (Issey), Persembahan Kebudayaan Antarabangsa, Konsert WINGS Ceritera Rakyat dan lain-lain.

Festival ini akan diadakan bermula 28 November hingga 4 Disember 2022 ini bertempat di Dataran Petaling Jaya dan Pusat Bandar Seksyen 52 Petaling Jaya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya