Lesti Kejora bukan isteri yang baik? - Utusan Malaysia

Lesti Kejora bukan isteri yang baik?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Peguam kepada Rizky Billar yang mencetuskan kontroversi selepas melakukan keganasan rumah tangga terhadap isterinya, Lesti Kejora mendakwa penyanyi dangdut itu bukan seorang isteri yang baik.

Lapor Suara.com, Ade Eril berkata, Lesti pernah meminta keizinan suaminya untuk menunaikan umrah hanya melalui kiriman mesej dalam WhatsApp.

“Dia hanya ucap selamat tinggal di WhatsApp,” katanya menerusi sebuah video.

Menurut Ade, seorang isteri yang baik perlu meminta izin secara bersemuka dengan suaminya, bukan hanya melalui kiriman mesej ringkas.

“Ya, seharusnya seorang isteri yang baik itu datang ke rumah suaminya untuk mengucapkan selamat tinggal dan memberi kebenaran atau tidak menunaikan umrah.

“Bukan hanya di WhatsApp sahaja. Adakah ini isteri yang baik?” soalnya.

Ade turut memberitahu, Lesti masih isteri yang sah kepada Rizky, walaupun dia membuat laporan mengenai kes keganasan rumah tangga.

Beberapa hari lalu, kisah rumah tangga pasangan yang sering tampil romantis dalam media sosial mula menjadi bualan selepas Rizky dipercayai mendera isterinya, termasuk membaling bola snuker.

Foto tular yang memaparkan imej penyanyi itu terbaring atas katil dengan memakai pendakap leher juga menguatkan dakwaan berlaku keganasan rumah tangga.

Kebahagian pasangan selebriti popular itu teruji selepas Lesti membuat laporan polis menjadi mangsa keganasan Rizky.

Segalanya bermula selepas wanita itu mengetahui suaminya berlaku curang.

Pelakon berusia 27 tahun itu dikatakan bertindak agresif dengan memukul isterinya, termasuk mencekiknya sehingga terjatuh ke lantai.

Pasangan muda yang mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos 2021 dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.