GV9: Pat Candy terselamat, Jaclyn kembali rampas kedudukan pertama - Utusan Malaysia

GV9: Pat Candy terselamat, Jaclyn kembali rampas kedudukan pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Meskipun berada pada kedudukan paling rapuh, penyanyi Pat Candy mampu menarik nafas lega apabila tiada penyingkiran dibuat pada persaingan minggu keempat Gegar Vaganza (GV), malam tadi.

Pat memperoleh markah terendah dengan 55.6 peratus menerusi persembahan lagu Kembara Di Tanah Gersang, namun bersyukur kerana masih berpeluang meneruskan perjuangannya di GV9.

Mengulas persembahan Pat, Ketua Juri, Datuk Ramli MS berkata, kreativiti dan gubahan lagu yang kurang menarik membuatkan peserta itu menduduki tempat terakhir.

“Minggu depan kita akan ada ramai artis beradu suara di atas pentas. Meriah. Jadi, ini keputusan terbaik untuk malam ini,” katanya.

Bertemakan Aman Di Mata, Damai Di Hati, persaingan minggu keempat itu menyaksikan Jaclyn Victor kembali merampas kedudukan pertama dengan 85 peratus menerusi persembahan bertenaga lagu You Raise Me Up.

Jaclyn turut memenangi anugerah Bintang Memukau Adabi dan membawa pulang wang tunai RM1,000 serta barangan Adabi bernilai RM500.

Sementara itu, Anugerah Juara Next Level Digi pula dimenangi Fuad Rahman berdasarkan undian peminat dan membawa pulang wang tunai RM1,000.

Tom memenangi Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak berdasarkan undian tertinggi dan membawa pulang produk jenama tersebut.

Selain Ramli, peserta GV9 turut diadili juri tetap terdiri daripada Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

Berikut adalah kedudukan peserta pada minggu keempat:

1. Jaclyn Victor – 85%
2. Bob Yusof – 80.2
3. VE – 79.1 %
4. Tomok – 77.6 %
5. Hazrul Nizam – 75.7 %
6. Shila Amzah – 74.6 %
7. Dina Nadzir – 68.2 %
8. Fuad Rahman – 65%
9. Asheed Deb Geb C – 64.2%
10. Tom – 58.5 %
11. Pat Candy 55.6%

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya