Bertunang dengan Nurulhana? Hubungan kami dalam fasa serius - Da’i Syed - Utusan Malaysia

Bertunang dengan Nurulhana? Hubungan kami dalam fasa serius – Da’i Syed

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Selebriti dan penceramah bebas, Da’i Syed, mengakui, hubungannya dengan pengacara, Nurulhana Ismail kini meniti fasa serius selepas kedua-dua keluarga bertemu pada sebuah majlis.

Da’i Syed atau Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful memaklumkan perkara itu bagi menjawab desas-desus dia dikatakan sudah bertunang dengan pengacara tersebut, baru-baru ini.

Da’i Syed bagaimanapun, enggan mengulas panjang mengenai majlis tersebut, sebaliknya memohon semua pihak untuk mendoakan yang terbaik buat mereka.

“Kalau itu dianggap sebagai majlis pertunangan, doakan yang terbaik. Tetapi, boleh dikatakan ia majlis pertemuan dan perkenalan antara dua keluarga.

“Kalau semua sudah dipersetujui, bermakna insya-Allah, kami akan ke arah yang lebih baik. Kami akan beritahu semua. Buat masa sekarang, saya tidak boleh cakap apa-apa lagi.

“Sekiranya semua perancangan berjalan lancar, kami akan beritahu. Mohon semua doakan yang terbaik untuk saya,” katanya.

Nurulhana atau Hana adalah pengacara program Assalamualaikum dan Kemanisan Iman Bersama al-Quran di saluran TV AlHijrah.

Jelas Da’i Syed, mereka bertemu ketika menghadiri sebuah majlis dan mulai berkenalan dengan lebih dekat sejak tiga bulan lalu.

Penyanyi lagu Sadakny Khalas itu juga mengaku, sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.

“Insya-Allah saya sudah bersedia untuk berkahwin, cuma ketika ini keluarga kami masih dalam tempoh perkenalan,” katanya.

Pada 27 Oktober lalu, pelakon Datin Seri Umie Aida memuat naik gambar Da’i Syed bersama Nurulhana diiringi ibu masing-masing di sebuah kediaman.

Perkongsian itu disertakan kapsyen mendoakan urusan mereka dipermudahkan, namun hantaran tersebut dipadam Umie beberapa minit selepas dimuat naik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya