Kalau setiap minggu nyanyi begitu, industri muzik akan berubah - Tok Ram - Utusan Malaysia

Kalau setiap minggu nyanyi begitu, industri muzik akan berubah – Tok Ram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Maestro dan pengarah muzik tersohor, Datuk Ramli MS berpendapat musim baharu Gegar Vaganza (GV) bakal meletakkan industri seni suara ke tahap lebih tinggi dengan persembahan berkualiti peserta.

Jelasnya, kebijaksanaan dan kualiti persembahan setiap peserta yang akan menentukan sama ada mereka mampu bertahan serta memberi kepuasan, terutama kepada peminat.

“Kalau setiap minggu mereka menyanyi sebaik ini, industri muzik akan ke tahap lebih tinggi. Sembilan tahun, akhirnya saya dapat lihat kebijaksanaan beberapa peserta membuat persembahan.

“Jaclyn contohnya, pernah kamu lihat dia menyanyi lagu dalam versi tersebut? Tidak pernah. Terserlah kebijaksanaannya dalam muzik dan kematangannya ketika membuat persembahan. Sesuatu yang tidak pernah disangka,” katanya.

Jaclyn meraih tempat pertama dalam konsert pembukaan GV9, malam tadi dengan markah 88.4 peratus, disusuli Shila Amzah dengan 85 peratus dan Tomok 84.10 peratus.

Menjawab spekulasi segelintir netizen yang mempertikai penyertaan Jaclyn dalam GV9, Ramli atau lebih dikenali sebagai Tok Ram berkata, program realiti itu adalah platform terbaik untuk peserta membuktikan kebijaksanaan dalam muzik.

“Ini bukan soal menyanyi sedap atau all out bila membuat persembahan, sebaliknya kita mahukan sesuatu yang tidak dijangka.

“Disebabkan itu bila ada yang mempertikai penyertaan Jaclyn, saya cakap dia patut masuk untuk membuktikan kebijaksaannya dalam muzik. Itu real artist!

“Kamu tengok macam mana dia menyanyi malam tadi, itu sesuatu yang cukup hebat. Ini bukan tempat untuk kita tahu siapa boleh menyanyi atau tidak kerana semua tahu mereka adalah penyanyi.

“Cuma, kebijaksanaan itu yang membezakan antara seorang penyanyi dengan seorang penyanyi yang lain,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya