LAPANGAN sedang sihat dan meriah, kata orang. Mungkin betul tapi bagaimana kita menilai kesihatan lapangan muzik? Banyak acara? Banyak rilisan? Yang saya pasti, acara muzik sedang jadi komoditi dagangan yang menggiurkan. Setiap hari kita jumpa hebahan tentang acara muzik, dari sekecil-kecil gig hingga festival besar-besaran. Nampak macam seronok untuk kugiran, artis dan penganjur tapi saya mahu tawarkan perspektif yang sedikit berbeza. Saya mahu jadi bitter dalam artikel ini dengan menganjurkan…