Terpilih wakili negara, Diana Danielle hampa tiada dana untuk ‘terbang’

Terpilih wakili negara, Diana Danielle hampa tiada dana untuk ‘terbang’

Diana Danielle
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Diana Danielle, 31, meluahkan rasa hampa kerana ketiadaan dana menjadi faktor utama produksi filem Imaginur tidak dapat menghantar wakil untuk ke Festival Filem Asia New York yang akan berlangsung pada 15 hingga 31 Julai ini.

Perkara itu disuarakan oleh Diana menerusi ciapannya di Twitter sambil mengulang ciap satu perkongsian yang dibuat oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

“Tetapi, kami tidak mampu untuk pergi kerana kami tidak mempunyai dana untuk menampung perjalanan ke sana, oh ya,”katanya.

Sebelum itu, menerusi perkongsian di akaun Twitter Finas, agensi kerajaan pusat bagi industri filem Malaysia itu merakamkan ucapan tahniah kepada filem cereka tempatan, Imaginur yang terpilih mewakili negara ke New York.

Filem arahan Pengarah Terbaik FFM26, Nik Amir Mustapha itu juga diumumkan telah menembusi seleksi pencalonan Filem Cereka Terbaik (Uncaged Award) bersama enam lagi filem Asia lain di festival berprestij antarabangsa tersebut.

Filem yang dibintangi oleh Diana Danielle dan Beto Kusyairi ini juga bakal dipertontonkan kepada penonton antarabangsa sebagai tayangan perdana sedunia di festival tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya