Kurangkan makan telur, makanlah kismis - Fadzil Zahari - Utusan Malaysia

Kurangkan makan telur, makanlah kismis – Fadzil Zahari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon dan penerbit, Fadzil Zahari tampil memberi respons terhadap kenyataan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Norena Jaafar mengenai isu kenaikan harga barang baru-baru ini.

Reaksi berbaur sindiran itu dikongsikan Fadzil menerusi akaun Instagramnya dengan cadangan makanan yang lebih berkhasiat.

“Kurangkan sikit makan telur, banyakkan makan kismis,” katanya ringkas.

Meninjau ruangan hantaran tersebut, rata-rata terhibur dengan kapsyen Fadzil dan ada juga pengguna IG yang menyifatkan pelakon itu suka menyelit dalam isu semasa.

“Kenapalah kena turut serta dalam isu semasa adui (keluhnya). Suka menyelit abang ini,” komen seorang pengguna.

“Ada sahaja nak disuntingnya, padu ayat abang,” komen lagi seorang pengguna.

Terdahulu tular video Norena menyarankan pengambilan telur dikurangkan sebagai alternatif berjimat dalam perbelanjaan makanan.

Sebagai informasi, bermula 1 Julai harga siling telur ayam pula naik antara 2sen bagi setiap gred iaitu 45 sen sebiji bagi Gred A, 43 sen sebiji bagi gred B; dan 41 sen sebiji bagi gred C.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN