fbpx

26 Jun 2022, 9:52 am

  TERKINI

Tayangan filem Mat Kilau, bayang Syamsul pun tak nampak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Kelibat sutradara filem berjudul Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, Syamsul Yusof, nampaknya langsung tidak kelihatan sepanjang enam jam majlis tayangan perdana filem tersebut diadakan di The Starling Mall, di ibu kota, malam tadi.

Merupakan tunggak utama kepada penghasilan filem epik sejarah tersebut, Syamsul bagaimanapun dikatakan memberi alasan tidak sihat yang menyebabkan dia tidak dapat menghadirkan diri bagi menjayakan majlis besar itu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengarah Urusan Studio Kembara dan Penerbit filem berkenaan, Abdul Rahman Mt Dali yang kelihatan berbahasa basi dengan pihak media ketika ditemui pada sesi sidang media selepas tamat tayangan filem.

“Maaf, dia tak dapat hadir. Dia beritahu tidak berapa sihat,”katanya ringkas.

Sebelum itu, difahamkan, adik Syamsul, Shamin Yusof, ketika ditemui media di majlis yang sama memaklumkan abangnya itu memang mengalami demam panas sedikit namun berusaha untuk datang jika tiada halangan.

Perkara tersebut bagaimanapun mencetuskan cakap-cakap belakang bahawa kemungkinan Syamsul sengaja memberi alasan untuk tidak hadir ke majlis tersebut lantaran bimbang bakal diasak wartawan dan media tempatan.

Ia berkait rapat dengan kontroversi dan desas-desus yang bertebaran tentang kononnya dia bakal menjadikan anak pelakon Kazar Saisi, Ira, sebagai isteri keduanya tidak lama lagi.

Selain itu, bapa Syamsul, Datuk Yusof Haslam, enggan menjawab sebarang pertanyaan mengenai spekulasi panas tersebut selain berulang kali menyebut mahu menjaga hati banyak pihak.

“Perkara ini susah untuk diulas kerana saya perlu menjaga hati anak, menantu dan semua pihak yang terbabit.

“Benda ini, kalau saya komen, akan disalah tafsir dan menimbulkan salah faham kepada banyak pihak.Serba salah saya dibuatnya,”katanya.

Mengenai kewajaran semua pihak terbabit dengan isu panas ini untuk bersemuka, Yusof yakin individu yang harus menyelesaikan masalah ini adalah Syamsul sendiri.

“Soal ini biarlah Syamsul jawab. Lagipun tiada keperluan untuk saya bertemu dengan pihak sana. Tidak perlulah kita mengeruhkan lagi keadaan,” katanya.

Dalam  pada itu,senagai bapa, Yusof tetap mendoakan agar anak sulungnya itu kuat berdepan kontroversi kerana isu peribadi menjadi lumrah selebriti.

“Buat Syamsul, saya harap dia kuat semangat dan jangan patah harapan. Terus berani berjuang dan jangan takut dengan masalah,” katanya.

Kontroversi tercetus apabila sebuah blog hiburan melaporkan seorang pengarah terkenal bakal berkahwin dengan kekasihnya yang juga anak kepada pelakon drama veteran.

Memetik sumber, laporan itu menyebut, pengarah terbabit dikatakan sudah berjumpa bakal bapa mentua bagi membincangkan hasratnya.

Sebelum ini, desas-desus mengenai rumah tangga Syamsul dan isterinya, Puteri Sarah juga pernah didakwa dilanda masalah hingga mendapat perhatian netizen.

Malah, Puteri Sarah juga mengaku sudah lama tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul dan mendakwa suaminya itu tahu kenapa dia bersikap ‘dingin’.

Syamsul juga dilaporkan mengaku mereka sudah tidak tinggal sebumbung tetapi tidak bermaksud mahu berpisah.

Pasangan itu berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata.

POPULAR

KOSMO! TERKINI