Rambut palsu?  Yang penting saya tahu ia haram - Aishah Azman - Utusan Malaysia

Rambut palsu?  Yang penting saya tahu ia haram – Aishah Azman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Aishah Azman, 26, menganggap mana-mana pelakon yang bertudung tetapi memilih untuk mengenakan wig atau rambut palsu demi komitmen kerja berhak menentukan pilihan masing-masing.

Menurut Aishah, dia sendiri pernah ditanya oleh penerbit dan pengarah tempatan ketika berbincang mengenai tawaran berlakon yang memerlukan dirinya mengikut kesesuaian watak yang diberikan.

“Pun begitu, kalau mereka cadangkan untuk  saya buka tudung atau mengenakan wig, saya memang tak fikir panjang, terus tolak tawaran sebegitu. Kalau mereka nak begitu, lebih baik ambil pelakon yang sememangnya tidak bertudung, saya tak nak buat.

“Sebabnya, saya tahu hukumnya haram. Walaupun saya ini boleh dikatakan baru bertudung, tapi saya ada juga banyakkan membaca dan mendengar nasihat ustaz.Tentang hal ini, mereka kata haram pakai wig sebab ia menyerupai wanita yang tak bertudung juga.

“Tapi saya tak risau kerana ramai saja pengarah dan penerbit yang boleh memahami dan menghormati pilihan saya ini kalau saya kata tak nak buat dan terpaksa menolak tawaran dengan cara baik,”katanya.

Aishah berkata demikian semasa ditemui di majlis sidang media dan pelancaran supertele Bangkitkan Aku Kembali adaptasi sebuah novel tulisan Sophilea yang diadakan di ibu kota, semalam.

Turut hadir ialah barisan pelakon lain seperti Dayang Areeda, Amy Nur Tinie, Syaffiq Sahli, Jay Iswazir, Juita Johari ,Danial Dasuki , Adik Rayqa ,Wak Zaidi, Mustaqim Bahadon, Adam Corrie   dan Azzahra Ahmad.

Selain itu, Aishah bagaimanapun enggan ada pihak tersalah anggap bahawa kenyataannya ini seolah-olah berkait rapat dengan tindakan pelakon veteran, Normah Damanhuri yang memakai rambut palsu semasa menjayakan wataknya dalam filem Tiga Janda Melawan Dunia baru-baru ini.

“Saya tak tahu menahu pun mengenai hal itu. Tetapi bagi saya, sebenarnya, hal ini bergantung kepada individu itu, nak pakai atau tidak. Pilihan masing-masing. 

“Sama juga macam bertudung. Nak pakai atau tidak itu juga adalah pilihan masing-masing. Tak semestinya yang bertudung dan bertutup semua itu dia tiada kelemahan dan kekurangan. Tapi dalam hal ini, saya memang pilih untuk tidak pakai rambut palsu walau atas alasan komitmen kerja,”katanya.

Dalam pada itu, Aishah menaruh harapan agar mana-mana penerbit, pengarah dan penggiat industri kreatif tidak meletakkan limitasi pada seseorang artis atau selebriti yang memakai tudung.

Ia katanya, khusus untuk watak-watak dalam sesebuah naskhah yang baginya harus ada pembaharuan.

“Kalau boleh, saya nak tukar cara berfikir orang kita, bertudung tidak semestinya kena ada limitasi. Tak semestinya bertudung kena pakai jubah semata. Imej ini juga terbuka kepada fesyen yang bersesuaian.

“Watak tudung saja mesti kena baik, pegang watak-watak yang klise. Sedangkan mungkin boleh diberikan watak psiko dan sebagainya,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya