Nak kekal relevan, berlakonlah dengan pelakon baru - Ziana Zain - Utusan Malaysia

Nak kekal relevan, berlakonlah dengan pelakon baru – Ziana Zain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon terkenal, Ziana Zain, mengaku, untuk kekal relevan dia perlu memastikan dirinya berlakon dan bergandingan bersama pelapis baharu dalam industri seni.

Menurut penyanyi lagu Senja Nan Merah ini, bekerja dengan pelakon baharu memberi satu impak buat dirinya sebagai seorang artis lama.

“Sebenarnya ini kali pertama saya bawa watak guru besar. Tidak mudah untuk saya tonjolkan.

“Tapi saya berterima kasih dengan pengarah, James ajar saya untuk tegas dalam masa sama mengawal perwatakan, tak mudah watak ini.

“Selain itu, saya nak bersama-sama pelapis baharu. Saya tahu mereka sangat bagus berlakon, tak nak ketinggalan, nak relevan kenalah bersama mereka ini,” katanya.

Ziana atau nama penuhnya Siti Roziana Zain, 54, berkata demikian ketika sidang media majlis tayangan drama bersiri Histeria di pawagam Dadi, Pavilion,semalam.

Selain itu, Ziana turut berterima kasih kepada pihak Astro dan Astro Shaw, Raja Jastina dan Penerbit Eksekutif Infinitus Gold Sdn Bhd, Gayatri Su-Lin Pillai kerana memberi peluang untuknya menjayakan karya sekuel filem Histeria (2008) yang diangkat menjadi drama bersiri menerusi jenama Astro Originals.

“Bagi saya ini satu peluang yang bagus dan saya rasa tak ada orang pun akan tolak tawaran ini terutamanya daripada Gaya dan produksi Astro.

“Kita doakan semoga karya ini menjadi bualan di setiap bibir-bibir penonton drama,” katanya.

Antara barisan pelakon terdiri daripada Mia Sara Datuk Afdlin Shauki, Sharifah Aryana Syed Zainal Rashid Al- Yahya, Amelia Christie dan Serra Kamal.

Tambah menarik, ia juga mengembalikan pelakon dan watak asal daripada filemnya iaitu Liyana Jasmay sebagai Murni dan turut membariskan pelakon hebat tanah air, Namron, Tony Eusoff, Ziana Zain, Ziha Salleh, Fimie Don, Mathni Razak dan Dr. Rosdeen Suboh.

Histeria The Series bakal temui penonton bermula 6 Jun ini setiap hari Isnin, jam 9.00 malam, di Astro Citra, saluran 108 atau strim di platform Astro GO atau On Demand.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya