Jenazah Adibah Noor selamat dikebumikan - Utusan Malaysia

Jenazah Adibah Noor selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jenazah penyanyi dan pelakon terkenal, Allahyarham Adibah Noor Mohamed Omar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU2, Taman Keramat di sini, kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.

Terdahulu jenazah Allahyarham telah dimandi, dikafan dan disolatkan di Masjid Al-Ansar, Taman Keramat.

Selain ahli keluarga, antara selebriti yang hadir memberi penghormatan terakhir adalah Datuk M. Nasir, Datuk Afdlin Shauki, Datuk Hans Isaac, Nikki Palikat, Remy Ishak, Erul Samah, Sharifah Amani, Linda Onn, Suki Low dan ramai lagi.

Penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleaneagles petang semalam akibat kanser ovari tahap empat.

Allahyarham berusia 51 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.