Imej Mimi Ernida persis Alia Bhatt curi perhatian warganet. - Utusan Malaysia

Imej Mimi Ernida persis Alia Bhatt curi perhatian warganet.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon versatil, Mimi Ernida, mencuri perhatian warganet apabila penampilan dirinya yang menyerupai pelakon popular Bollywood, Alia Bhatt, yang mendukung watak sebagai Ganga Jagjivandas Kathiawadi, menerusi filem biografi Gangubai Kathiawadi.

Perkara tersebut dikongsikan pelakon filem popular Polis Evo itu menerusi entri Instagram miliknya.

“Betul ke sama? Sebab ramai yang cakap sama muka macam Alia Bhatt,”katanya.

Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, rata-rata warganet dan rakan artis berpendapat bahawa imej pelakon tersebut benar-benar saling tak tumpah seperti Alia Bhatt.

“Sama!” komen pelakon Tiz Zaqyah.

“Sama! Sama gila!” komen juga isteri kepada pelakon Shukri Yahaya.

“Weh sama! Alia Bhatt! ” komen pelakon Natasya Elyzza.

Sekadar informasi, pelakon itu mulai aktif dalam dunia hiburan sekitar tahun 2010.

Antara filem lain yang dibintanginya adalah Bencinta, Bulan dan Pria Terhebat dan dikuti pelbagai naskahh yang ditayangkan di stesen televisyen tempatan.

Filem Bollywood, Gangubai Kathiawadi yang mencetuskan fenomena dunia itu kini boleh ditonton menerusi Netflix, dilancarkan Februari lalu.

Filem berbajet besar arahan Sanjay Lela Bhansali itu turut menampilkan pelakon terkenal iaitu Ajay Devgn, Varun Kapoor dan Shantanu Maheshwari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya