Azmi Caliph Buskers pun ‘tonton’ filem Mat Kilau - Utusan Malaysia

Azmi Caliph Buskers pun ‘tonton’ filem Mat Kilau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Fenomena filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan yang sedang ‘menggila’ dalam industri perfileman tanah air kini membuatkan vokalis kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat, 34, juga tidak mahu melepaskan peluang untuk ‘menonton’ naskhah arahan Syamsul Yusof itu.

Menurut Azmi, meskipun mengalami ketidakupayaan untuk melihat, dia juga ingin merasai pengalaman ‘menonton’ filem tersebut setelah begitu banyak mendengar respons yang positif daripada rakan-rakan dan penonton lain.

“Untuk saya yang mendengar sahaja ini, memang terasa puaslah dengan filem Mat Kilau ini.Tambahan pula saya pergi menonton dengan kawan lain yang boleh melihat. Jadi dialah yang menerangkan mana-mana babak yang mungkin saya tak faham.

“Tapi, sebenarnya, kalau tak ada orang terangkan pun Insya-Allah orang buta mudah untuk faham jalan cerita itu. Sebab dialognya banyak dan cukup jelas untuk membuatkan saya faham,”katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Selain itu, kata Azmi, dia juga kagum dengan kesan bunyi yang dihasilkan dalam filem terbitan Kembara Studio tersebut yang membolehan insan istimewa sepertinya berpeluang mendapat gambaran apa yang berlaku.

“Bunyi orang berlawan, bunyi orang kena tikam, bunyi tembakan, bunyi bom semuanya jelas bagi saya. Ditambah lagi dengan sistem bunyi di pawagam, bagi saya memang gempak.

“Saya pun tak tahu nak cakap macam mana lagi, sedar-sedar dah habis cerita ditonton. Macam-macam jugalah perasaan waktu tonton Mat Kilau kelmarin.

“Rasa berdebar, geram, semangat dan sempat termenangis juga waktu babak isteri Wahid nak mati itu.Kesimpulannya saya bagi 10/10. Berbanga sebagai rakyat Malaysia bila ada produksi yang berjaya hasilkan filem hebat macam itu. Tahniah Syamsul Yusof,”katanya.

Terdahulu, Azmi sempat berkongsi dalam Instagram kegembiraanya merasai pengalaman ‘menonton’ di panggung wayang GSC iOI City Mall, kelmarin.

Kata Azmi dia berpuas hati dengan filem arahan Syamsul itu dan berkongsi perasaannya menerusi hantaran di Instagram.

“Memang puas hati. Jangan tak tahu, GSC ada bagi separuh harga tahu untuk orang macam saya. Jadi saya cuma bayar untuk mendengar sahaja. Yang tengok punya saya tak bayar. Hehehe. Jangan marah ya Bang @syamsulyusoffilm,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya