Lama Tasha tunggu kebahagiaan seikhlas ini - Natasha Hudson - Utusan Malaysia

Lama Tasha tunggu kebahagiaan seikhlas ini – Natasha Hudson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Meraikan bulan kedua hidup sebagai pasangan suami isteri, pelakon, Natasha Hudson, 40, meluahkan rasa syukur kerana Allah SWT telah mengurniakannya sebuah perkahwinan yang disifatkannya paling ikhlas yang pernah dijalaninya.

Perkara itu dikongsikan oleh pelakon tersebut menerusi satu hantaran di Instagram hari ini yang didedikasikan buat Muhammad Harits Jasmin yang sah bergelar suaminya pada 27 Mac lalu.

“Satu lagi bulan kita sayang. Selamat meraikan bulan kedua. Lama juga Tasha tunggu untuk kebahagiaan yang seikhlas ini. Dalam tak mencari itu, Yang Maha Esa pula memberi. 

“Kesabaran itu memang banyak hikmahnya bukan. Terima kasih awak untuk setiap saat dalam hidup saya. Sejujurnya saya boleh saja menulis karangan yang tak tiada noktahnya untuk menggambarkan perjalanan kita ini. 

“Kehebatan awak dan impak awak dalam hidup saya. Awak adalah indah dan tersangat indah.Jiwa awak indah. Saya sangat bersyukur. Semoga kita mencipta lebih banyak memori dan babak untuk dikongsi bersama semua orang,”katanya.

Selain itu, menerusi hantaran yang sama, Natasha juga meluahkan rasa terima kasih kepada semua pihak yang tidak berbelah bahagi mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraannya bersama keluarga.

Pada 27 Mac lalu, Natasha mengejutkan ramai peminat apabila mengumumkan dirinya sudah berkahwin dengan Jay di Masjid Al Umm, Bandar Baru Bangi.

Pada majlis nikah serba ringkas dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) tersebut, tetamu yang diundang cuma 10 orang keluarga terdekat.

Pelakon filem Chermin itu hanya menerima mas kahwin RM300 selain bertukar dulang hantaran. Mereka kemudian diraikan dalam majlis santai di kediaman ibu Jay juga di Bangi.

Natasha juga mendedahkan dia tidak meminta wang hantaran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.