Jaejoong buat kejutan pada wartawan? - Utusan Malaysia

Jaejoong buat kejutan pada wartawan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Kim Jae-joong membuat kejutan terhadap wartawan Jepun yang bertugas di Korea Selatan.

Jae-joong tampil menerusi saluran siaran langsung di YouTube dengan melayangkan komen bahawa dia tidak pulang ke Korea ketika itu.

“Tapi saya tengah makan sekarang ini, wartawan Nim, saya tak pulang hari ini, datang semula esok hari,” komen Jae-joong.

Terdahulu, wartawan Jepun difahamkan, Jae-joong dijadualkan pulang ke Korea dari Jepun pada Isnin lalu. Tetapi Jaejoong tampil dengan merendah diri memberitahu secara terus menerusi saluran agensi media berkenaan.

Untuk rekod, jejaka berusia 36 tahun itu merupakan seorang kumpulan JYJ dan salah seorang anggota asal kumpulan TVXQ.

Dalam perkembangan terbaharu, Jaejoong bakal membuat kemunculan semula dengan buah tangan terbaharu iaitu album.

Selain itu, jejaka ini juga dijangka bakal muncul dengan drama terbaharu berjudul Bad Memory Eraser.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya