Elaine Kang tertarik kerana saya fasih cakap Kantonis - Francissca Peter - Utusan Malaysia

Elaine Kang tertarik kerana saya fasih cakap Kantonis – Francissca Peter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Mengimbau kenangan lama bersama rakan-rakan artis eranya, penyanyi hebat, Francissca Peter, berkongsi kisah bagaimana dia begitu merindui penganjuran acara persembahan dan konsert muhibah yang mendapat sambutan ramai suatu ketika dahulu.

Menerusi sekeping gambar yang memaparkan dia bersama dengan penyanyi, Datuk Elaine Kang sewaktu muda, Francissca berkongsi detik perkenalannya dengan wanita tersebut yang dianggap antara kenangan manis buat dirinya.

“Apa yang saya ingat, saya bersama dengan Elain Kang yang cantik dan manis, kami melepak, berbual dan berkenalan. Kalau tak salah saya, gambar ini diambil selepas latihan untuk sebuah rancangan.

“Kami membuat persembahan bersama ramai artis lain lagi. Tapi Elaine tertarik nak berbual dengan saya kerana saya fasih bercakap bahasa Kantonis. Kami bergelak ketawa dan bercakap tentang industri muzik dan tentang keluarga.

“Berkenalan secara santai dan kami benar-benar berbual dengan baik, jujur dan bergelak ketawa tanpa perlu berhati-hati atau rasa kaku. Kami berdua gembira dapat peluang untuk berbual dan berada dalam acara yang sama. Jarang dapat berjumpa atau buat persembahan sama-sama,”katanya.

Francissca berkata demikian dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagramnya hari ini bersama sekeping gambar yang memparkan dirinya bergaya bersama Elaine.

Selain itu, kata Francissca, dia sentiasa berasa gembira apabila diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada konsert muhibah seumpamanya.

“Pertemuan-pertemuan yang istimewa, yang selalu membuatkan saya sentiasa menghargai artis-artis yang hebat. Ia termasuk peminat-peminat yang positif, menyokong dan prihatin.

“Bagi saya, ia memang satu kenangan yang indah,”katanya.

Francissca merupakan artis popular di era 80-an dan antara lagu yang berjaya memukau ramai peminat dan pendengar termasuk Aku Hanya Pendatang, Sekadar Di Pinggiran, Kau Bintangku dan Harapan.

Francissca juga pernah menerima Anugerah Vokal Wanita Terbaik selama lima tahun berturut-turut di Anugerah Industri Muzik (AIM) di era kegemilangannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya