Amboi marah betul awak - Nad Zainal - Utusan Malaysia

Amboi marah betul awak – Nad Zainal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon popular, Nad Zainal terhibur dengan kiriman reaksi seorang penonton tegar drama hit Dendam Seorang Isteri.

Perkongsian yang dikongsikan di akaun Instagram miliknya, Nad mendedahkan watak yang dibawanya sebagai Kirana menyemat sumbu kebencian bukan sahaja pada watak tetapi dirinya juga.

“Amboi… marah betul awak. Dibenci itu indah. Hanya lakonan. Terima kasih,” tulisnya.

Terdahulu, penonton tegar drama itu mengakui “berbulu” dengan watak berkenaan.

“Sudahlah Kirana… tak pernah-pernah saya tengok drama Melayu benci sampai ke realiti. Biasa dengar artis bercerita sahaja bila ada orang benci. Sekarang terjadi dekat saya.

“Ini kalau jumpa depan-depan memang saya jadi macam Mak Leha (lakonan Liza Abdullah) macam dalam drama 7 Hari Mencintaiku itu.

“Maaf, kalau saya terserempak dengan awak tiba-tiba, ada orang bagi jelingan maut dan cari fasal. Harap sangat tak terserempak benci! Tak habis lagi ini, sabar jap,” kata penonton drama itu.

Sebagai informasi, drama lakonan Nad Zainal diarahlan oleh pengarah Nizam Zakaria dan Uchee Fukada, terbitan Radius One Sdn. Bhd. Antara barisan pelakon utama lain terdiri daripada Fasha Sandha, Aidit Noh dan Wan Raja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya