Will Smith digam selama 10 tahun di Oscars - Utusan Malaysia

Will Smith digam selama 10 tahun di Oscars

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK : Malang buat pelawak dan pelakon terkenal antarabangsa, Will Smith apabila dia dilaporkan tidak lagi berpeluang untuk menghadiri majlis berprestij dunia, Anugerah Academy (OSCARS) setelah mendapat larangan daripada pihak penganjur.

Dalam satu kenyataan rasmi oleh Akademi Seni Sains Filem, tindakan itu menyaksikan Will telah ‘digam’ sekurang-kurangnya selama 10 tahun untuk tidak menghadiri majlis tersebut termasuk mana-mana acara lain yang dianjurkan lembaga akademi itu dalam tempoh sama.

Bagaimanapun, kemenangannya sebagai Pelakon Terbaik menerusi filem King Richard tidak dibatalkan.

“Lembaga Pengarah memutuskan Smith tidak dibenarkan menghadiri sebarang acara atau program Akademi, secara peribadi atau maya, termasuk tetapi tidak terhad kepada Anugerah Akademi berkuat kuasa 8 April,” kata Presiden David Rubin dan Ketua Pegawai Eksekutif Dawn Hudson.

Untuk rekod, pada Anugerah Akademi 2022 yang lalu, Chris Rock membuat jenaka mengenai kepala isteri Smith, Jada Pinkett Smith, yang dicukur botak.

Gurauan itu menyebabkan Smith hilang sabar dan naik ke atas pentas seterusnya menampar Rock.

Kemudian, Smith diumum Pelakon Lelaki Terbaik, ia merupakan Oscar pertamanya untuk peranan utama dalam filem King Richard.

Selepas kelakuannya menerima pelbagai reaksi di media sosial, Smith membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Rock dan Akademi.

Pada 29 Mac, Smith mengumumkan untuk menarik diri daripada menjadi ahli Akademi Seni dan Sains Filem.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya