Mintalah dengan cara baik bukan ambil kesempatan - Ayah Danish - Utusan Malaysia

Mintalah dengan cara baik bukan ambil kesempatan – Ayah Danish

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bapa kepada pelakon meningkat naik, Danish Iskandar iaitu Muhammad Burhanuddin, menegur Maahad Tahfiz Imaniyyan Zahidiyyah berhubung penyalahgunaan gambar sebagai iklan.

Jelas bapa pelakon itu, penggunaan gambar oleh institusi tersebut untuk meraih sumbangan adalah salah dan boleh mengundang salah faham serta fitnah.

Menerusi ‘surat terbuka’ yang dimuat naik di akaun miliknya, Burhanuddin atau Matz meminta pihak institusi itu untuk menarik semula kandungan yang telah diuar-uarkan di media sosial.

“Ini adalah iklan yang negatif! Salah cara ini. Mintalah sumbangan dengan cara yang baik, bukan ambil kesempatan atas sesuatu isu digunakan sebagai kandungan!.

“Penyalahgunaan gambar tanpa kebenaran boleh dikenakan tindakan saman,” tegasnya.

Tambah Matz yang juga mendedahkan dirinya sebagai salah seorang penyumbang kepada tabung institusi itu, dia berasa ralat dengan tindakan Maahad Tahfiz kerana menggunakan gambar para pelakon daripada cerita tular ‘Stay Away From Me’ sebagai kandungan pihak institusi tanpa minta izin.

“Isu pelakon-pelakon ini juga sudah selesai dengan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKKM)!.

“Gambar pelakon-pelakon ini juga digunakan untuk meraih sumbangan adalah salah. Tambahan isu ini boleh menjadi fitnah kepada para pelakon.

“Walaupun gambar tidak jelas (telah dikaburkan) namun saya percaya netizen masih boleh mengenali susulan isu ini yang pernah hangat diperkatakan sebelum ini,” katanya.

Menurut bapa Danish, seperti sedia maklum para pelakon ini telah dimanipulasikan oleh pihak produksi.

“Justeru saya minta pihak Maahad Tahfiz ini tidak mengunakan gambar pelakon-pelakon ini untuk menarik perhatian para penyumbang!

“Di bulan mulia ini, saya ingin berpesan supaya pihak Maahad Tahfiz menurunkan hantaran yang menggunakan gambar-gambar pelakon ini (walaupun telah dikaburkan) untuk mengelakkan isu ni kembali tular.

“Kerjasama dari pihak Maahad Tahfiz sangat saya hargai,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya