Dah jumpa! Hilang sedih selama dua minggu… -Rosyam Nor. - Utusan Malaysia

Dah jumpa! Hilang sedih selama dua minggu… -Rosyam Nor.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan penerbit terkenal, Datuk Rosyam Nor, menitipkan penghargaan buat semua pihak yang telah membantu menularkan berita mengenai kehilangan kucing kesayangannya, Midnight.

Perkara tersebut dikongsikan pelakon filem popular KL Gangster itu menerusi entri Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Rosyam juga menzahirkan kesyukuran kerana kucingnya itu sudah kembali ke pangkuannya selepas dua minggu menghilang.

“Dah jumpa! Dua minggu menghilang. Midnight kucing saya sudah kembali ke pangkuan keluarga. Alhamdulillah.

“Terima kasih @mstaronlineofficial dan @koleksiviral kerana tularkan kucing saya hilang. Terima kasih juga saudara Wann kerana bersusah payah mencari nombor telefon saya melalui @finasmalaysia.

“Terima kasih Datin Dr. Rozana kerana sudi menjaga dan memberi makan kepada Midnight. Terima kasih juga pada semua yang mendoakan. Terima Kasih Allah. Hilang sedih selama dua minggu,” kongsinya di Instagram.

Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, ruangan komen dibanjiri reaksi rata-rata warganet dan rakan artis yang turut menzahirkan rasa kesyukuran.

“Syukur Alhamdulillah, Amin,” komen pelawak Ropie.

“Alhamdulillah, gigit dia satu kali Datuk. Amboi, besar sangat tu,” komen seorang warganet.

“Alhamdulillah, lega hati tuannya. Terima Kasib kepada yang menjaga,” komen lagi pengguna lain.

Sebelum ini, pelakon itu ada berkongsi mengenai kehilangan kucingnya menerusi Instatory dan menawarkan ganjaran RM 1,000 kepada sesiapa yang menjumpai.

Menerusi perkongsian itu juga, Rosyam menyenaraikan ciri-ciri kucing itu yang dilihat kali terakhir di Seksyen 11, Kota Damansara, Selangor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya