Sekarang mereka dah tahu siapa saya - Nourul Depp - Utusan Malaysia

Sekarang mereka dah tahu siapa saya – Nourul Depp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi, Nourul Depp, 44, mengaku, sejak berpindah dan menetap di Bali, Indonesia, dia tidak pernah membuka mulut kepada mana-mana pihak di sana berhubung latar belakangnya sebagai seorang yang dikenali di tanah air sendiri.

Bagaimanapun, kata Nourul, perkara itu akhirnya terbongkar jua apabila ada beberapa rakan di sana yang telah mendapat tahu mengenai dirinya yang bukan sekadar seorang jurulatih dan penasihat rangkaian kesihatan di bawah jenama Herbalife.

“Rahsiaku pecah di sini. Sekarang mereka dah tahu saya seorang penyanyi. Oh tuhan…Jadi kelas selepas ini kita boleh guna lagu Keliru ya,”katanya.

Nourul berkata demikian dalam satu hantaran video yang dimuat naik di Instagram hari ini.

Selain itu, menerusi ruangan kapsyen, Nourul juga menjelaskan secara bersahaja bahawa selama ini rata-rata mereka yang mengenalinya di Bali cuma tahu dirinya sebagai herbalifelady sahaja.

“Saya duduk di Bali, siapa pun tak tahu latar belakang saya. Mereka tahu kami hanya herbalidelady. Suka gym, makan sihat dan buat program sihat. Itu saja.

“Seorang saja tahu, habis! Semua disebabkan awak Jo Prioul. Sekarang mereka dah tahu saya siapa,”katanya.

Nourul dan keluarganya dilaporkan telah berpindah ke Bali sejak September lalu setelah hampir beberapa bulan tertangguh.

Nourul atau nama sebenarnya, Nurul Huda Abdul Wahab dan suami, Eric Daniel Depp berkahwin pada 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary, 9, Raphael, 7, dan Isabella,3.

Sementera menerusi perkahwinan terdahulu bersama komposer Ajai, Nourul dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ayu Nazirah, 24.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya