Gambar tak bertudung tersebar, isteri Virgoun buat laporan polis - Utusan Malaysia

Gambar tak bertudung tersebar, isteri Virgoun buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Isteri penyanyi terkenal Virgoun, Inara Rusli membuat laporan polis berhubung tindakan kekasih pembantu rumahnya yang menyebarkan gambarnya tidak memakai tudung di media sosial.

Inara yang ditemani suami membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Jakarta Barat baru- baru ini.

Kata penyanyi lagu Surat Cinta Untuk Starla itu, laporan berkenaan juga dibuat ekoran kecaman dan penghinaan yang diterima isterinya hasil penyebaran gambar tersebut.

Selain laporan polis, pasangan suami isteri itu juga bertindak memecat pembantu rumahnya itu dengan serta merta.

“Terima kasih kami ucapkan kepada pihak polis Metro Jakarta Barat atas bantuan program Restorative Justice yang membuatkan kami tidak perlu membawa kes ini ke peringkat perbicaraan Mahkamah,” katanya.

Virgoun berkata demikian menerusi sebuah video yang dimuat naik isterinya di Instagram baru-baru ini.

Dalam pada itu, Inara menerusi video yang sama menegaskan bahawa tindakan tersebut bukanlah untuk menzalimi pelaku.

Sebaliknya laporan (polis) itu dibuat sebagai pengajaran agar pelaku tidak mengulangi perbuatannya.

“Biarlah Allah yang jadi sebaik-baiknya pembalas, amin.

“Di sini kami bukan niat menzalimi seseorang, justeru ia harus dilakukan untuk menegakkan keadilan.

“Dan memberi pengajaran pada sesiapa pun untuk menjaga moral, etika dan tata tertib dan untuk bijak menggunakan media sosial,” kata Inara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya