The Masked Singer Malaysia 2 bakal temui penonton. - Utusan Malaysia

The Masked Singer Malaysia 2 bakal temui penonton.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Program pertandingan nyanyian terkenal, The Masked Singer Malaysia kini kembali di musim kedua yang akan mula bersiaran pada setiap Jumaat, mulai 28 Januari 2022, jam 9.00 malam di saluran Astro Warna.

Menurut kenyataan, rancangan tersebut bakal membuka tirainya semula dengan kehadiran 14 orang barisan selebriti terkemuka negara, terdiri dari nama-nama hebat yang hadir dari pelbagai cabang seni.

Selain itu, pada musim kedua ini juga bakal menyaksikan penglibatan seramai sembilan orang figura dari latar belakang berpengaruh dalam industri yang mana mereka ini diberikan penghormatan untuk menduduki kerusi juri tetap.

“Keputusan untuk mengadaptasi program berformat pertandingan nyanyian misteri, The Masked Singer Malaysia sebelum ini dibuat setelah mengambil kira beberapa faktor utama terutamanya dari aspek kehendak penonton yang sentiasa menginginkan kandungan-kandungan segar, penuh variasi serta memiliki keunikannya yang tersendiri.

“Program ini yang diperkenalkan di Korea Selatan pada tahun 2015 ternyata berjaya mencetuskan satu gelombang hebat di peringkat global sehingga ia kemudiannya diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China serta Amerika.

“Keputusan membawanya ke Malaysia ternyata tepat kerana The Masked Singer Malaysia musim pertama berjaya mencetuskan satu fenomena hebat sehingga berjaya diiktiraf sebagai pemenang bagi kategori ‘Best TV Format Adaptation (non-scripted)’ di anugerah Content Asia Awards 2021,” kata pengurus saluran Astro Warna.


Penyanyi dan pelakon, Amy Mastura turut menzahirkan rasa teruja dan gembira kerana berpeluang sebagai salah seorang juri dalam musim kedua ini.

“Saya rasa seronok selaku juri pada kali ini dan dapat bersama sebaris para juri lain yang juga dalam kalangan rakan-rakan saya yang sudah lama tidak berjumpa.

“Saya terhibur, bebas untuk berkata-kata dan terbuka bagi melontarkan komen dalam rancangan ini. Saya juga sendiri sukar untuk meneka siapa disebalik kostum-kostum berkenaan.

“Ia kerana semua peserta berbakat, boleh mengubah suara dan menyanyi pelbagai genre. Tetapi, setiap minggu kita cuba ‘tangkap’ satu gaya mereka,” tuturnya ketika ditemu ramah.

Pada kali ini, sebanyak 14 kostum menarik dan unik yang akan dipakai oleh barisan peserta yang kesemuanya direka khas pereka dan perunding fesyen, Akma Suriati Awang dan pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat yang turut menyerikan kostum The Masked Singer Malaysia 2.

Terdahulu, The Masked Singer Malaysia musim pertama telah mencatat sejarahnya tersendiri apabila diumumkan sebagai pemenang kategori ‘Best TV Format Adaptation (non-scripted)’ di anugerah Content Asia Awards 2021, Ogos lalu.

Kemudian, musim pertama The Masked Singer Malaysia sebelum ini telah menyaksikan penyanyi popular tanah air, Aina Abdul dinobatkan sebagai Juara, dalam kostum Bunga Raya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.