Saya tak nampak itu sebab untuk tambah anak - Diana Danielle - Utusan Malaysia

Saya tak nampak itu sebab untuk tambah anak – Diana Danielle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Diana Danielle, 30, menganggap tiada sebab untuk dirinya menambah bilangan anak dalam usaha mengembangkan lagi keluarga kecilnya hanya demi mengikut kata telunjuk orang.

Bagi pelakon ini, cukup dua orang cahaya mata yang dikurniakan Allah SWT buatnya dan suami, Farid Kamil, buat masa ini memandangkan fokus utama adalah memberi tumpuan penuh kepada keperluan dan perkembangan setiap anak-anak mereka.

“Anak dah besar tambah lah lagi sorang… Ya, betul, anak yang kedua sekarang pun sudah berusia 6 tahun. Tapi, bagi saya, inilah usia mereka perlukan bimbingan dan input setiap masa sebelum melangkah ke fasa remaja.

“Nampak saja ‘besar’, tapi masih nak pelukan, nak bermanja, nak kita teroka dan jelaskan soalan-soalan yang semakin rumit, makin ‘mendalam’. Mereka juga memiliki sifat ingin tahu yang mencanak, personaliti makin terbentuk.

“Anak-anak waktu ini memperlihatkan personaliti yang semakin terbentuk, makin pandai membidas semula ucapan kita malah, makin nak berkawan dan mengenali dunia luar. Saya tak nampak itu sebab untuk tambah dan tambah anak,”katanya.

Diana berkata demikian dalam satu hantaran yang dimuat naik di akaun Instagramnya semalam.

Selain itu, pelakon drama Ganjil dan Syurga Untukmu ini berpendapat, setiap seorang zuriat yang dikurniakan buat mana-mana pasangan suami isteri juga adalah satu amanah yang harus dijaga seumur hidup.

“Jadi, kita ikut pada kemampuan yang bukan hanya dari segi duit, tetapi mental, emosi dan masa. Masa yang tepat akan tiba dan apabila kita rasa ia sesuai untuk berlaku.

“Tambahan lagi buat mana-mana ibu yang bekerjaya, lagilah kena fikir lebih. Tak nak anak baru membesar dengan orang gaji, dengan guru taska saja.

“Itu bukan sebab untuk kita mempunyai anak. Saya nak jadi ibu bapa buat anak-anak, menjadi pembimbing dan mahu mereka sentiasa merujuk saya. Sehingga sekarang, saya masih lagi banyak yang perlu dipelajari,”katanya.

Perkongsian Diana itu juga telah mencuri perhatian kalangan peminat dan pengikutnya yang turut melontarkan pandangan masing-masing di ruangan komen.

Antara rakan selebriti yang bersetuju dengan pandangan Diana ialah pelakon dan pengacara Ramona Zamzam.

“Sangat-sangat bersetuju. Ia adalah sebuah komitmen sepanjang hidup. Kita membesarkan seorang manusia, bukan anak patung,”kata Ramona.

Selain itu, antara lain yang memberi komen di ruangan yang sama ialah pelakon Amyra Rosli.

Untuk rekod, Diana mendirikan rumah tangga dengan aktor dan pengarah, Farid pada tanggal 3 November 2012.

Hasil perkahwinan, Diana dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora,6.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.