Nubhan, Afifah selamat timang cahaya mata ketiga. - Utusan Malaysia

Nubhan, Afifah selamat timang cahaya mata ketiga.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Isteri kepada penyanyi Nubhan Ahamad, Afifah Tawfek selamat melahirkan cahaya mata ketiga secara normal pada jam 11.45 pagi, kelmarin.

Berita gembira tersebut dikongsikan penyanyi lagu popular Ada Untukmu itu menerusi entri Instagram miliknya, sebentar tadi.

Kongsi Nubhan, bayi perempuan yang dilahirkan seberat 3.37 kilogram (KG) dan ibunya dalam keadaan sihat dan baik-baik sahaja.

“Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan bayi perempuan scara normal pada hari rabu, 12 Januari 2022.

“Anak dan ibu juga sihat. Bertambah lagi ahli keluarga kami. Baru tiga, lagi dua akan datang,” katanya di Instagram.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah selain mendoakan agar bayi tersebut sentiasa sihat dan dilindungiNya.

“Tahniah, semoga menjadi penyanyi sambil merawat gigi,” komen penyampai radio Sharifah Shahirah.

“Alhamdulillah tahniah, semoga menjadi anak yang soleh dan solehah serta taat kepada kedua ibu bapa,” komen seorang peminat.

“Tahniah, semoga menjadi anak yang baik dan dipermudahkan segala urusan,” komen lagi seorang warganet.

Sekadar informasi, Nubhan dan Afifah selamat diijab kabulkan pada tahun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya