Kacak berbaju Melayu, Sharnaaz disangka tamatkan zaman bujang - Utusan Malaysia

Kacak berbaju Melayu, Sharnaaz disangka tamatkan zaman bujang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Sharnaaz Ahmad,37, terhibur dengan telahan orang ramai yang benar-benar percaya bahawa dirinya mahu menamatkan zaman bujang hanya gara-gara dia bergambar lengkap berbaju Melayu baru-baru ini.

Meskipun mengaku dia sengaja memuat naik gambar tersebut, Sharnaaz bagaimanapun tidak menyangka dia kemudiannya benar-benar dihujani dengan ucapan tahniah di ruangan komen Instagramnya.

“Saya belum lagi bernikah. Masih single dan available. Gambar itu sebenarnya ketika saya dalam perjalanan ke majlis pertunangan kawan baik saya tempoh hari.

“Jangan salah faham. Yang mana komen di akaun Instagram dan tengah bersedih itu, boleh sambung balik mengurat saya. Saya ada banyak kasih sayang untuk dikongsikan,”katanya.

Selain itu, ditanya sama ada dia akan berkongsi atau berahsia jika dia ingin kembali mendirikan rumah tangga, pelakon ini ada pandangan tersendiri.

“Itu terpulang dengan orang mana la kan. Saya kena hormat pasangan juga nanti, “katanya.

Sharnaaz berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gambarnya yang berbaju Melayu yang dipaparkan di dalam akaun Instagramnya kelmarin.

Terdahulu, hantaran tersebut juga menarik rakan selebriti untuk meninggalkan komen dengan antaranya seperti sahabat baiknya, Shukri Yahaya, Radin, Datin Seri Nina Juren dan Shuib.

Selain menerima pujian daripada peminat yang terpegun melihat ketampanan pelakon drama I Promise Janji Anaqi, ada juga segelintir yang meluahkan rasa kecewa.

Untuk rekod, Sharnaaz dan Noor Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 namun disahkan bercerai pada 9 Julai 2020 secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Hasil perkahwinan, pasangan tersebut dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jebat Jayden Ahmad pada 30 Ogos 2018.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.