Itu suami awak yang keduakah? Ini jawapan Zarina Zainuddin - Utusan Malaysia

Itu suami awak yang keduakah? Ini jawapan Zarina Zainuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon dan selebriti tanah air, Zarina Zainuddin tidak tersinggung dengan pertanyaan ramai orang yang rupa-rupanya masih curiga dengan status perkahwinannya sehingga kini.

Ini kerana kata Zarina, sehingga sekarang masih ada yang beranggapan, dia telah berkahwin buat kali kedua dengan orang lain sedangkan hakikatnya, keadaan itu tidak pernah berlaku.

“Orang banyak tanya, itu suami kedua awakkah? Itulah suami saya daripada umur saya 22 tahun lagi, sehinggalah kini 51 tahun. Saya nak kongsikan satu cerita. Permulaan saya kenal dengan suami saya di waktu dulu, saya sebenarnya begitu takut nak berkawan dengan lelaki.

“Saya rasa lelaki semua jahat, semua suka nak ambil kesempatan lagi-lagi pada wanita seperti saya. Tiada yang jujur. Di usia saya 22 tahun, saya berkenalan dengan seorang lelaki yang jujur menceritakan kisahnya mula-mula bercinta dengan isterinya.

“Dari zaman isterinya tingkatan 2 lagi. Dia cakap bukan senang nak rebut hati isterinya sampai nak kena tembak dengan arwah bapa isterinya dengan senapang patah. Tapi akhirnya, dia dapat juga kahwin,”katanya.

Zarina berkata demikian dalam satu hantaran yang dimuat naik menerusi akaun Instagramnya semalam.

Selain itu, kongsi Zarina, dia juga kagum dengan percintaan lelaki tersebut dengan isterinya yang dianggap bak sebuah cinta mati.

“Saya suka dengar dia cerita betapa dia sayang isterinya. Jadi, bila dia ajak saya kahwin, saya cakap bawa jumpa isterinya dulu. Ternyata dia berani bawa saya jumpa dan minta izin. Dia seorang lelaki yang sangat budiman.

“Walau saya kahwin tanpa bercinta, tapi dia tak pernah sia-siakan saya. Perempuan perlu apa? Perlu dihormati, dihargai,disayangi selebihnya kita boleh usaha sendiri. Kemana kita pergi ingat, jaga diri, jaga solat, jaga maruah. InsyaAllah selamat dunia akhirat .

“Bagi saya, semua orang buat salah namun daripada salah itu,kita betulkan diri kita,”katanya.

Dalam pada itu, kata Zarina, usia 28 tahun perkahwinan bukanlah satu tempoh masa yang pendek dalam dia melayari bahtera rumah tangga dengan suami dan keluarga.

“Terima kasih abah, terima kasih kak shimah dan anak-anak tiriku yang menerima diri ini seadanya. Terima kasih mak kenalkan ina dengan insan yang bernama suami,”katanya.

Zarina telah berkahwin dengan Datuk Seri Dr. Abu Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993.

Pasangan ini mempunyai empat orang anak lelaki iaitu sepasang kembar Muhammad Adam Azrai Abu Raihan, Muhammad Naim Azrai Abu Raihan, Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan (Azal) dan Muhammad Razil Azrai Abu Raihan (Azil).

Dua daripada empat anak beliau mengidap autisme.

Setelah sekian lama menyimpan rahsia, sekitar tahun 2018, Zarina telah membuka cerita bahawa dia selama ini hidup bermadu dengan Datin Seri Noorhasimah Mohd Noor sejak 25 tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.