“Nak menangis tapi cover sebab malu…” -Haqiem Rusli beri kejutan buat isteri - Utusan Malaysia

“Nak menangis tapi cover sebab malu…” -Haqiem Rusli beri kejutan buat isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi Haqiem Rusli, tampil membuat kejutan buat isteri tercintanya, Anis Sofea dengan menghubungi pelakon Hanis Zalikha dan suaminya, Hairul Azreen menerusi panggilan video.

Menerusi entri Instagram, Sofea berkongsi detik gembira tersebut menerusi satu video yang dimuat naiknya, semalam.

Dia menzahirkan rasa terkejut dan teruja malah menyatakan dirinya hampir menangis ketika mendapat panggilan dari artis kegemarannya itu.

“Kejutan daripada sayang saya.. Gembira tak terkata dapat membuat panggilan video dengan kegemaran saya Kak Hanis Zalikha dan abang Hairul Azreen.

“Nak menangis tapi cover sebab malu dengan Kak Hanis,” katanya di Instagram.

Menerusi video berkenaan, jelas kelihatan reaksi Sofea yang begitu terkejut sehingga tidak terkata apabila melihat pasangan dua sejoli itu melalui panggilan tersebut.

Rrata-rata warganet dan para selebriti turut meluahkan rasa teruja dan gembira kerana melihat gelagat kedua pasangan tersebut menerusi perkongsian video itu.

Penyanyi lagu Mimpi itu selamat bergelar suami kepada pilihan hatinya dengan dua kali lafaz dalam majlis akad nikah tanggal 19 November lepas.

Sejak mendirikan rumah tangga, Sofea sekali lagi mencuri perhatian warganet selepas dikatakan wajah ayunya itu mirip dengan pelakon Hanis Zalikha.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya