fbpx

Mungkin saya sudah tidak lagi sesuai duduk di Malaysia – Iqbal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Usahawan yang kini penyanyi, Ahmad Iqbal Zulkefli, tidak menolak mungkin akan mempertimbangkan untuk menetap di luar negara kerana tidak tahan dengan bermacam-macam tohmahan kononnya daripada masyarakat dan warganet di sini.

Hal itu diluahkan oleh Iqbal setelah dia dihimpit pula dengan isu terbaru apabila wujud pihak tidak bertanggungjawab mengunapakai fotonya untuk diletakkan di sebuah akaun palsu.

Menerusi foto tersebut, wajah Iqbal didapati telah disunting pada tubuh lelaki lain yang hanya berseluar dalam.

“Itu bukan tubuh saya. Menggeletar tangan untuk saya muat naik gambar ini namun oleh kerana sudah mula tersebar, saya perlu tegaskan hal yang tak benar.

“Jelas sekali tubuh badan saya tidak begini. Namun ada yang percaya. Bertubi-tubi saya terima mesej pagi ini, ramai bertanyakan adakah saya ada akaun Facebook baru?Tidak! Facebook saya satu-satunya adalah Ahmad Iqbal Zulkefli. 

“Saya lihat ada satu lagi ruangan palsu yang bernama ‘IQbal Zulkefli’ mendapat komen beratus orang setiap kandungannya. Sebelum ini ada yang jadikan wajah saya seperti haiwan, namun kali ini rasanya gurauan ini tidak sesuai,” katanya.

 

Iqbal berkata demikian pada status yang dimuat naik menerusi Instagram Story (igs) hari ini.

Terdahulu, Iqbal juga telah memuat naik tangkap layar akaun Facebook palsu menggunakan gambarnya yang disunting pada badan orang lain. 

Dalam pada itu, Iqbal memohon pertolongan warga net untuk membuat laporan terhadap akaun tersebut yang didakwa sudah menyekatnya. 

Biarpun memilih untuk bertenang dan terus bertabah dengan dugaan tersebut namun Iqbal menganggap dirinya tidak lagi sesuai untuk menetap di Malaysia. 

“Tolong saya cuba laporkan akaun tersebut. Saya cuba cari sekarang tidak dapat jumpa mungkin mereka sudah menyekat saya.

“Jika berlarutan begini, mungkin saya tidak sesuai menjalani kehidupan di Malaysia. Apa-apa pun, saya tetap memilih untuk bertenang dan terus tabah. 

“Bertubi-tubi ujian buat saya. Saya betul-betul perlukan semangat kali ini,”katanya.

POPULAR

KOSMO! TERKINI