"Kacaknya...comelnya" -Izreen Azminda dedah wajah anakanda bongsunya. - Utusan Malaysia

“Kacaknya…comelnya” -Izreen Azminda dedah wajah anakanda bongsunya.

ANAK bongsu Izreen dan Ude, Ali Idrees.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon Izreen Azminda, tampil mendedahkan wajah bayi bongsunya di platform Instagram, buat tatapan umum.

Menerusi entri Instagram, pelakon itu memuat naik beberapa gambar yang memaparkan bayi lelakinya itu sedang lena tidur.

Dia dan suami bersepakat, menamakan anakandanya iaitu Ali Idrees, yang telah dilahirkan pada 20 September lalu.

“Salam jumaat dari saya. Ali Idrees Muhammad Radzi (penangan Saffron + Nescafe (ingatkan gulap (gelap) gelita),” kongsinya ringkas di Instagram.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat menitipkan pujian selain mendoakan buat bayinya agar sentiasa diberikan kesihatan yang baik.

“Kacaknya, mesti masa mengandung amalkan surah Yusuf kan,” komen seorang warganet.

“Allahuakbar, comelnya. Semoga dikurniakan kesihatan, kebahagiaan, ketenangan serta rezeki untuk awak ya Ali,” komen lagi seorang individu.

“Muka lembut sahaja, comel. Tenang sahaja tengok anak-anak kamu,” tulis juga seorang warganet.

Sekadar informasi, Izreen dan Ude telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 8 Ogos 2019 dan dikurniakan seorang anak lelaki. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN